nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes harian COVID-19 dijangka turun bawah 1,000 Disember ini

17 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes COVID-19 di Malaysia akan menurun kepada bawah 1,000 kes pada awal Disember depan.

Model Pemerhatian dan Jangkaan Kes Harian COVID-19 dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Berdasarkan perkongsian berkenaan jumlah kes COVID-19 akan menurun ke bawah 1,000 sehari jika 80 peratus populasi negara lengkap divaksinasi pada akhir bulan depan, dengan anggaran purata keberkesanan vaksin sekitar 70 peratus.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata jika tempoh untuk vaksinasi lengkap mencecah 80 peratus populasi berlanjutan sehingga 31 Disember depan, jumlah kes harian diramalkan hanya menurun ke sekitar 3,000 menjelang hujung tahun ini.

Dalam pada itu, KKM menerusi portal COVIDNOW, menjangkakan 80 peratus atau lebih 26.1 juta populasi negara akan lengkap divaksin menjelang 12 Disember depan, berdasarkan kapasiti suntikan semasa yang berlegar sekitar 200,000 dos sehari.

“Ketika ini, jumlah purata kes harian bagi tempoh tujuh hari menunjukkan trend penurunan sejak hujung bulan lalu, selaras peningkatan kadar vaksinasi, khususnya di negeri yang memiliki penduduk yang ramai seperti Lembah Klang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara adalah 0.98 setakat semalam, sekali gus kekal di bawah 1.0 untuk 16 hari berturut-turut sejak 1 September.

Bagaimanapun, nilai Rt itu mencatat sedikit peningkatan berbanding kelmarin (0.97) dan Selasa (0.96).

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah lapan negeri mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan, dengan nilai tertinggi direkodkan Sarawak iaitu 1.11.

Ini disusuli Perak (1.04), Terengganu (1.04), Perlis (1.03), Pahang (1.02), Pulau Pinang (1.01), Johor (1.01) dan Kelantan (1.0), selain Kuala Lumpur merekodkan Rt terendah dengan 0.82.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.