nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PDRM puas hati tahap patuh SOP pelancong di Langkawi

17 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelancong tempatan yang mengunjungi Langkawi, sejak semalam.

Malah, setakat ini  polis belum mengeluarkan sebarang kompaun kerana ingkar SOP sempena pembukaan projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata sehingga tengah hari tadi, polis tidak mengeluarkan sebarang notis kompaun kepada pelancong.

“Pemantauan mendapati pelancong individu dan berkumpulan di sekitar pulau ini mematuhi SOP seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sama seperti semalam, hari ini pemantauan dilakukan di 22 lokasi iaitu sembilan di pusat beli-belah diikuti 10 tempat rekreasi dan tiga di pintu masuk utama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Shariman berkata, operasi pemantauan SOP disertai 60 anggota polis yang bertugas secara bergilir dalam usaha memastikan projek rintis gelembung pelancongan tidak tercalar dengan kes positif baharu COVID-19.

“Kita harap angka kosong notis kompaun yang dicatat sejak hari pertama akan berterusan, sekali gus menunjukkan masyarakat kini mementingkan keselamatan dan kesihatan ketika bercuti,” katanya.

Beliau berkata, semua pelancong, pemilik premis perniagaan dan pengusaha produk pelancongan dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan COVID-19 di pulau ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.