nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan jangka kos tunai ibadah haji 2022 meningkat

21 SEPT: Kerajaan menjangkakan kos menunaikan ibadah haji untuk musim 2022 meningkat berikutan peraturan dan kos mencegah penularan pandemik COVID-19 yang dilakukan kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kos mengerjakan haji dijangka meningkat disebabkan kadar inflasi dan perkembangan terkini peraturan Arab Saudi khususnya yang berkaitan dengan prosedur operasi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum reda.

Beliau berkata ini termasuk keperluan ujian PCR dan suntikan vaksin untuk masuk ke sana dan penjarakan fizikal di dalam bas, bilik, penginapan hotel dan khemah-khemah.

AHMAD MARZUK

“Bagaimanapun Tabung Haji akan memaklumkan kos haji pada 2022 apabila dimuktamadkan satu masa nanti,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen GPS-Kota Samarahan, Rubiah Awang yang meminta kerajaan menjelaskan kos mengerjakan haji yang dikatakan meningkat dan berapa kadar peningkatan yang dijangka.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata kerajaan juga sedang merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) dan syarat tertentu sebelum membenarkan semula operasi ibadat umrah dibenarkan menjelang penghujung tahun ini.

Ahmad berkata Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai agensi penyelia operasi ibadat di Tanah Suci sudah dimaklumkan dengan perkembangan terkini berkenaan.

“Kita masih menunggu kebenaran kerajaan untuk mula membenarkan umrah pada penghujung tahun ini, malah kita masih merangka beberapa SOP perlu dan syarat untuk mengerjakan umrah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Muhammad, Ahli Parlimen PH Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik yang meminta perincian terkini ibadat umrah pascapandemik COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.