nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JIM serius tangani masalah PATI di Sarawak

22 SEPT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pelbagai langkah bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadi antara punca utama peningkatan kes COVID-19 di Sarawak, ketika ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin, berkata antara langkah strategik diambil Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak bagi mengawal kemasukan PATI adalah dengan meningkatkan kawalan di pos kawalan imigresen bersempadan dengan Kalimantan di Sarawak.

Beliau berkata JIM juga mengehadkan tempoh operasi di kaunter perkhidmatan di Kompleks Imigresen dan Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bersempadan dengan Kalimantan dari jam 9 pagi hingga 3 petang, manakala, waktu operasi di Kompleks ICQS bersempadan dengan Brunei pula dihadkan antara jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

jonathan yasin
JONATHAN

“Semua warga asing yang mahu memasuki Sarawak juga perlu memohon kebenaran Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana Negeri sebelum memasuki negeri ini.

“Kerajaan juga mengawal laluan masuk ke Sarawak yang tidak diwartakan menerusi penguatkuasaan Op Bentang sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan agensi keselamatan lain,” katanya ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen GPS-Betong, Datuk Robert Lawson Chuat yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha dan langkah-langkah Kerajaan bagi mengawal PATI yang dibawa masuk oleh ejen yang tidak bertanggungjawab dan telah dikenal pasti sebagai satu punca penularan COVID-19 di Sarawak.

Mengulas lanjut, Jonathan berkata JIM juga mengadakan sesi libat urus dengan majikan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang pengambilan pekerja asing di negara ini termasuk Akta Imigresen 1963.

Beliau berkata kementerian juga mengadakan perbincangan dengan konsulat dan duta negara asing bagi memastikan rakyat negara berkenaan tidak sewenang-wenangnya memasuki Sarawak tanpa dokumen sah.

“Kita juga mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan berkaitan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penguatkuasaan terhadap kemasukan PATI serta meningkatkan pendigitalan sistem imigresen.

“Kita juga meningkatkan kerjasama dengan negara lain menerusi forum di peringkat antarabangsa termasuk Indonesia, Brunei dan Filipina bagi membincangkan isu berkaitan dengan PATI,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.