nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Import sawit Malaysia ke MENA dijangka berkembang

22 SEPT: Eksport minyak dan lemak berasaskan minyak sawit Malaysia ke rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) dijangka berkembang sehingga 75 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding 64 peratus ketika ini.

Pengarah Urusan Alami Commodities Sdn Bhd, Ahmed Alami, berkata Arab Saudi yang terletak di tengah-tengah rantau yang memiliki kira-kira 700 juta pengguna itu mempunyai potensi untuk berkembang dan menjadi hab bekalan bagi minyak sawit Malaysia

“Rantau MENA tidak menghasilkan biji minyak yang mencukupi berikutan lokasi geografi dan batasan lain.

“Biji minyak domestik dan diimport hanya berupaya menampung 36 peratus daripada jumlah keperluan rantau itu manakala bakinya menerusi import minyak sayuran,” katanya dalam pembentangan beliau semasa siri webinar Majlis Minyak Sawit Malaysia bertajuk ‘Minyak Sawit Malaysia di Pasaran Asia Barat, Trend dan Potensi’.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia menyumbang 90 peratus daripada eksport minyak sawit ke Arab Saudi, manakala bakinya dari Mesir, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Import dari Oman dan UAE pada asalnya bersumberkan dari Malaysia dan Indonesia, dan kemudiannya dieksport semula dalam bentuk barangan siap ke wilayah timur Arab Saudi berikutan kelebihan logistik dan tarif Majlis Kerjasama Teluk.

Ahmed berkata, trend import minyak sawit Malaysia (oleh Arab Saudi) tidak konsisten berikutan kekerapan perubahan dalam dasar eksport Indonesia.

Memetik contoh, beliau berkata sekiranya Indonesia menaikkan cukainya, ia akan menyebabkan minyak sawit Malaysia menjadi lebih kompetitif.

“Bagaimanapun, minyak sawit Malaysia menjadi pilihan berikutan kualiti dan kelestariannya,” katanya sambil menambah kelestarian adalah pemacu utama yang meningkatkan eksport minyak sawit negara.

Peluang lain bagi komoditi itu adalah peningkatan mendadak harga minyak bijian seperti minyak bunga matahari dan minyak jagung yang menjadikan harga minyak sawit lebih menarik.

Malaysia baru sahaja membuka pejabat di Jeddah bagi tujuan promosi komoditi seperti minyak sawit, getah dan kayu.

Import minyak sawit oleh UAE bagi tempoh antara Januari sehingga Julai tahun ini meningkat kepada 95,968 tan metrik daripada 49,073 tan metrik yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Terdapat peluang bagi pasaran eksport semula dengan Pelabuhan Jebel Ali menjadi pelabuhan bagi transit barangan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.