nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia catat RM107.5 bilion FDI sehingga Jun 2021

22 SEPT: Malaysia terus merekodkan pencapaian pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan dengan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM107.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2021.

Ini termasuklah pelaburan  dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama direkodkan, melibatkan 2,110 projek yang dijangka dapat menjanakan 44,994 peluang pekerjaan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pelaburan langsung asing yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 melonjak dengan ketara sebanyak 214.9 peratus kepada RM62.5 bilion berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM19.8 bilion.

Mohamed Azmin berkata Malaysia juga berjaya menarik pelaburan daripada syarikat multinasional dalam industri berteknologi tinggi dan berintensif modal.

Beliau berkata antaranya ialah syarikat AT&S AG yang berpangkalan di Austria yang komited untuk melabur sebanyak RM8.5 bilion bagi pengeluaran integrated circuits (IC) substrates; SK Nexilis dari Republik Korea (RM4.2 bilion) pengeluar kerajang tembaga yang turut menghasilkan bateri kenderaan elektrik.

“Syarikat pembuat kereta terkemuka Jerman – Porsche AG (Porsche) pula telah mengumumkan keputusannya untuk membuka kilang di Kulim, Kedah, menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di luar Eropah yang akan memasang kereta Porsche.

“Keputusan strategik oleh Porsche menunjukkan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan strategik bagi syarikat gergasi antarabangsa.

“Terkini, Syarikat Taiyo Yuden dari Jepun iaitu pengeluar kapasitor seramik pelbagai lapisan (multilayer ceramic capacitor) akan menambah pelaburan mereka sebanyak RM680 juta di Sarawak,” katanya ketiga menggulung titah diraja Yang di-Pertuan Agong bagi pihak MITI di Parlimen, sebentar tadi.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata syarikat asing sedia ada yang terus mengembangkan operasi di Malaysia termasuk Intel, syarikat pengeluar semikonduktor terbesar dunia dari Amerika Syarikat yang membawa masuk teknologi terkini Advance Assembly and Testing.

Beliau berkata Bosch, syarikat Jerman yang mendirikan facility park untuk menguji komponen dan sensor semikonduktor manakala B Braun pula mahu mengembangkan pusat ujian globalnya untuk alat perubatan kerana kemampuan serta tenaga mahir yang ada di Malaysia.

The World Competitiveness Yearbook bagi tahun 2021 melaporkan kedudukan Malaysia di tangga ke-25 dari 64 ekonomi berbanding kedudukan ke-27 pada tahun 2020.

Di samping itu, Malaysia juga di kedudukan ke-2 di rantau Asia Tenggara dari aspek Trade Connectivity dalam laporan DHL Global Connectedness Index (GCI) bagi tahun 2020; dan kedudukan ke-4 bagi global offshoring destination sebagai pusat pembuatan yang paling kompetitif antara 17 ekonomi dalam Kos Operasi Pembuatan bagi tahun 2020 seperti yang dilaporkan oleh KPMG dan The Manufacturing Institute.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.