nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

19,700 pelajar dapat manfaat Program Food Bank Siswa

25 SEPT: Lebih 19,700 pelajar di 27 politeknik, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS di seluruh negara mendapat manfaat daripada Program Food Bank Siswa, sehingga 15 September lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kementerian bagi membantu pelajar kurang berkemampuan di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mereka dapat memberi fokus lebih baik terhadap pembelajaran.

Alexander berkata, bantuan diberikan menerusi Program Food Bank Siswa susulan pengumuman mengenai kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berperingkat mulai 15 Oktober depan.

“Program Food Bank Siswa adalah satu inisiatif kesinambungan daripada Program Food Bank Malaysia yang telah diperkenalkan sejak 15 Februari 2019 yang bertujuan memberi bantuan makanan kepada pelajar yang memerlukan dan meringankan bebanan kos sara hidup ditanggung mereka.

“Program ini turut mengalu-alukan penglibatan pelajar terutamanya persatuan pelajar sebagai penggerak program yang mana boleh dijadikan sebagai platform bagi membentuk semangat dan budaya kesukarelawan dalam kalangan pelajar IP,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, dua buah IPT terbaharu yang menyertai program berkenaan ialah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) dan Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Beliau berkata, pihaknya sedang membuat persediaan bagi melaksanakan Program Food Bank Siswa di tiga buah IPT iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Management Science University (MSU), Shah Alam dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Johor.

Katanya, pelaksanaan Program Food Bank Siswa itu menggunakan konsep Food Pantry di mana pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan menyediakan tempat penyimpanan makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Alexander berkata kementeriannya juga akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan usaha menjaga kebajikan pelajar akan terus dapat dipelihara melalui inisiatif program berkenaan selain dapat menguruskan program dengan lebih baik dan berkesan.

“KPDNHEP juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong Program ini khususnya kepada rakan strategik utama Program Food Bank Malaysia yang telah dilantik iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen, Mutiara Food Bank, Kumpulan Legasi Z Sufi, The Lost Food Project, Persatuan Kebajikan Usahawan Mikro Malaysia dan Nation of Women.

“Kementerian berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan tampil untuk menyokong kepada pelaksanaan Program Food Bank Malaysia ini agar terus dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.