nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengumuman kebenaran rentas negeri tiga minggu lagi

25 SEPT: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran untuk membenarkan individu yang sudah lengkap divaksinkan merentas negeri dalam masa tiga minggu lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan berkenaan susulan beberapa pendekatan yang sedang dilaksanakan bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada seluruh populasi dewasa, dalam masa terdekat.

Berikutan itu, Hishammuddin berkata  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan negara mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi dalam masa terdekat.  

“InsyaAllah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat. Perancangan yang dilakukan bersama KKM itu harapnya dapat dijayakan.

“Jadi sebelum ia diumumkan, banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta  tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

“SOP rentas negeri kita akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu depan,” katanya.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan ‘dalam beberapa minggu lagi’.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, ini kerana sehingga 22 September, 81 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri.

Berikutan itu, Hishammuddin berkata, antara tindakan segera yang akan dilaksanakan ATM ialah mengatur gerak lebih banyak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) untuk membantu KKM memvaksin masyarakat di kawasan pendalaman.

Beliau berkata, ATM juga diarahkan memperluaskan program vaksinasi pandu lalu yang dilaksanakan Kementerian Pertahanan bagi warga ATM kepada orang awam untuk menyegerakan sasaran.

Hishammuddin berkata, disiplin orang ramai akan menjadi elemen paling penting apabila kebenaran rentas negeri diberikan.

“Adalah mustahil untuk kerajaan pantau dan melaksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang diberi kebenaran merentas negeri.

“Sebab itu, disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran ini. Kita harap mereka patuh kepada SOP yang ditentukan nanti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.