nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1.3 juta terima BPR mulai Selasa ini

26 SEPT: Kerajaan memperuntukan RM2.82 bilion bagi menyalurkan dana kepada 3.6 juta pemohon yang membuat rayuan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3, secara berperingkat mulai 28 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran BPR Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September 2021 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Ismail Sabri berkata pembayaran berkenaan akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan dengan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

“Untuk fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

Infografik menunjukkan jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BPR Fasa 3 dan rayuan BPR.

“Pembayaran fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,
terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.

Beliau berkata antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak.

Perdana Menteri berkata pembayaran bantuan itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

“Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

“Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.