nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

56 pendaki ditahan ceroboh Air Terjun Setinggi

26 SEPT: Seramai 56 pendaki yang memasuki kawasan Air Terjun Setinggi, dekat Hulu Selangor, tanpa kebenaran ditahan Jabatan Perhutanan Selangor semalam.

Mereka ditahan ekoran rungutan penduduk yang mendakwa ramai pendaki menceroboh kawasan Air Terjun Setinggi tanpa permit yang sah melalui kawasan kediaman mereka selain mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Dalam operasi bermula 10 pagi hingga 4 petang itu, kesemua individu berusia 19 hingga 33 tahun itu ditahan kerana memasuki kawasan air terjun berkenaan tanpa permit sah.

Pengarahnya, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, operasi dilakukan sepasukan pegawai dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor bersama polis.

“Operasi ini adalah lanjutan dari rungutan penduduk yang mendakwa ramai pendaki menceroboh kawasan Air Terjun Setinggi tanpa permit yang sah melalui kawasan kediaman mereka.

“Penduduk juga mendakwa pengunjung mengganggu kehidupan harian mereka dengan meletak kenderaan di tepi jalan rumah sehingga merosakkan paip air, tong sampah dan meninggalkan sampah merata-rata,” katanya.

 Fadzil berkata, pihaknya tidak mengeluarkan permit masuk bagi tujuan merentas hutan atau lain-lain tujuan rekreasi kerana Selangor masih di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Susulan itu, katanya, memasuki hutan simpan kekal tanpa permit adalah kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan).

“Kesemua 56 individu itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai diharap mematuhi peraturan sedia ada. Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah rujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atau Pejabat Hutan Daerah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.