nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Institut Penyakit Berjangkit Bakal Di Bina di Bandar Enstek

27 SEPT: Kerajaan akan membina Institut Penyakit Berjangkit Malaysia akan dibina di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penubuhan institut berkenaan adalah bertujuan mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit.

Jelasnya, langkah berkenaan menunjukkan kerajaan kekal komited bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan demi memastikan rakyat sihat dan produktif .

Berikutan itu, kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada, dan dasar kesihatan negara akan dirangka bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan.

“Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara juga sedang dimuktamadkan bagi memastikan Malaysia mampu menghasilkan vaksin sendiri. Pelan ini juga membolehkan negara bersedia menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang.

“Di samping itu, Institut Penyakit Berjangkit Malaysia akan dibina di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2022.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Penubuhan institut ini bertujuan mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga menurut beliau telah mengenal pasti langkah proaktif meningkatkan kesiapsiagaan hospital, untuk mencapai nisbah 2.06 katil hospital bagi setiap seribu penduduk menjelang tahun 2025.

Katanya, kerajaan akan turut membangunkan fasiliti kesihatan baharu, sebagai tambahan kepada 12 hospital yang sedang dibina di seluruh negara dan dijangka siap dalam tempoh RMKe-12.

“Selain itu, kelengkapan dan peralatan kesihatan, termasuk keperluan unit rawatan rapi (ICU) akan ditambah.

“Dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan fasiliti kesihatan bandar dan luar bandar, Kerajaan akan membina dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.