nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan RM2.25 bilion bina,baik pulih rumah rakyat miskin

27 SEPT: Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan berkenaan adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.

Menurut beliau, ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

“Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, Kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti, dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan telah membina lebih daripada 282 ribu unit rumah mampu milik dalam tempoh RMKe-11. Sebanyak 500 ribu unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam RMKe-12 bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.

“Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO), akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran,” kataya ketika membentangkan RMKe-12 di Parlimen hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata bagi memastikan kebajikan anggota tentera dan penguatkuasa terbela, 10,200 unit rumah keluarga angkatan tentera dan kuarters sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMKe-12.

Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara merupakan perkara asas bagi memastikan keamanan dan kestabilan Malaysia.

Katanya, antara inisiatif yang akan dilaksana merangkumi langkah menambah baik kesiapsiagaan, kawalan sempadan dan penguatkuasaan, mempertingkat ketenteraman awam,  mengukuhkan keselamatan dan pertahanan siber serta menjaga kebajikan anggota.

“Saya akan pastikan, langkah yang lebih tegas akan diambil untuk melaksanakan pelan menyeluruh, dan memperkukuh Ops Benteng bagi mengekang pendatang asing tanpa izin.

“Antara projek yang akan dilaksanakan, termasuk Marine Police Sea Monitoring System di lima wilayah maritim, pembinaan Bare Base Tentera Udara Bintulu, Sarawak, pembinaan Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan peningkatan keupayaan aset maritim.

“Selain itu, kem tentera baharu di Felda Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud dan kem Pasukan Gerakan Am di Beluran, Sabah akan siap dibina dalam tempoh RMKe-12.

“Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara akan diperkenal, bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.