nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

17,179 permohonan guru duka lara diluluskan

5 OKT: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memberikan keutamaan kepada guru duka lara atau pasangan suami atau isteri yang berjauhan dalam meluluskan permohonan pertukaran guru setiap tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Senator Datuk Dr. Mah Hang Soon, berkata KPM tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan pertukaran guru duka lara ke kampung halaman masing-masing kerana perlu mengambil kira pelbagai aspek.

Beliau berkata tiga prinsip asas permohonan pertukaran guru yang akan dipertimbangkan ialah kekosongan jawatan, kekurangan opsyen dan keperluan atas perkhidmatan.

“Permohonan atas faktor berjauhan dengan suami atau isteri adalah salah satu daripada empat kategori utama pertukaran.

HAN SOON

“KPM memang sentiasa memberikan keutamaan kepada permohonan daripada guru yang berada dalam kategori pasangan terpisah atau guru duka lara setiap kali sesi pertukaran adalah peratusan tertinggi diluluskan berbanding kategori lain.

“Malah, statistik KPM menunjukkan sebanyak 17,179 guru duka lara diluluskan pertukaran ke sekolah di seluruh negara, sehingga Jun 2021,” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah keutamaan KPM bagi menangani isu guru duka lara yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Mengulas lanjut, Hand Soon berkata KPM juga melakukan penambahbaikan dengan mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas pertukaran guru dan pengajar kolej vokasional sebagai garis panduan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai Januari 2022.

Beliau berkata KPM juga berharap garis panduan berkenaan menjelaskan mengenai dasar pertukaran guru digunakan sebagai rujukan permohonan pertukaran guru.

Terdahulu, Hang Soon berkata KPM  yakin pengambilan khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘one-off’ atau sekali gus mampu mengisi kekosongan guru di sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata urusan pengambilan PPP berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa melantik bermula pada 7 Julai 2021.

“SPP sedang melaksanakan temuduga secara berfasa mulai 8 September 2021 sehingga 12 November 2021 dan proses pengambilan ini dijangka selesai pada bulan Disember 2021.

“Berdasarkan data sehingga 19 September 2021, terdapat 21,564 kekosongan guru di sekolah KPM seluruh negara. Dengan mengambil kira pengambilan one-off tersebut, baki kekosongan 2,862 akan diisi melalui proses lantikan biasa secara berterusan oleh SPP.

“KPM yakin dengan pengambilan one-off ini perkara berkaitan kekurangan guru yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya akan dapat diselesaikan.

“Sekiranya bilangan calon yang berjaya dilantik dalam kalangan graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan masih belum mencukupi, maka SPP akan melaksanakan kaedah pelantikan secara ‘Contract of Service (COS),” katanya ketika ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan asal dikemukakan oleh Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas yang  meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan terperinci Kementerian di dalam melaksanakan pengambilan khas 18,702 guru gred DG41 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.