nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar kebolehpasaran graduan turun 1.8 peratus tahun lalu

5 OKT: Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pada tahun 2020 kadar kebolehpasaran graduan adalah pada 84.4 peratus, menurun sebanyak 1.8 peratus berbanding tahun 2019 iaitu pada kadar 86.2 peratus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata sebagai usaha untuk meningkatkan daya saing graduan di pasaran pekerjaan, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah, antaranya dengan melaksanakan program latihan berbentuk ‘reskilling dan upskillling’.

Noraini berkata melalui usaha ini graduan universiti awam, IPTS, Politeknik serta Kolej Komuniti bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 yang masih belum bekerja ditawarkan tempat untuk mengikuti program latihan berbentuk reskilling dan upskilling, contohnya inisiatif di bawah PENJANA KPT CAP.

“Peserta yang mengikuti program ini dijamin penempatan pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan latihan sekurang-kurangnya bagi tempoh 12 bulan sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.

NORAINI

“Sehingga 1 Oktober 2021 sejumlah 7,288 graduan yang menerima latihan telah mendapat penempatan pekerjaan atau menjana pendapatan sendiri,” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Parlimen sebentar tadi.

Noraini berkata demikian menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BERSATU-Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meminta menteri berkenaan menyatakan setakat manakah tahap kebolehpasaran graduan semasa pandemik COVID-19 ini.

Mohd Fasiah juga meminta kementerian menjelaskan langkah bagi menyediakan graduan yang berdaya saing di pasaran pekerjaan termasuk meningkatkan kebolehan insaniah atau soft skill di kalangan graduan bagi memastikan graduan memenuhi kehendak industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan semasa dan pascapandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Noraini berkata KPT juga akan membangunkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 sebagai usaha jangka sederhana untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Selain itu, Noraini berkata KPT juga melaksanakan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) yang memberikan nilai tambah kepada graduan yang dikenal pasti rendah kadar kebolehpasarannya iaitu CGPA 3.3 ke bawah atau daripada program pengajian yang rendah kadar kebolehpasaran iaitu 50 peratus ke bawah.

Beliau berkata program berkenaan juga menawarkan jaminan pekerjaan kepada peserta sebaik sahaja mereka menamatkan latihan yang dilaksanakan secara kolaborasi strategik bersama penyedia perkhidmatan dan agensi-agensi tertentu.

Noraini berkata pada tahun 2020 dan 2021, sejumlah 1,235 graduan telah mendapat penempatan pekerjaan melalui program ini.

“KPT juga Melaksanakan Structured Internship Programme (SIP) iaitu program penempatan pelajar untuk latihan industri secara berstruktur dan seterusnya ditawarkan penempatan di industri secara kekal sekiranya layak.

“Kita juga sentiasa menyemak dan menambahbaik secara berkala kandungan modul dan program akademik yang ditawarkan.

“Kementerian menekankan agar program pengajian serta kandungan kursus pengajian hendaklah sentiasa disemak secara berkala oleh institusi pengajian tinggi berkaitan.

“Saringan dilaksanakan bersama beberapa Jabatan dan Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan Perangkaan Malaysia; Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA); Talentcorp; Malaysia Investment Development Authority (MIDA), badan profesional dan sebagainya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.