nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN Melaka Ajak UMNO Berunding pembahagian kerusi

5 OKT: Perikatan Nasional (PN) Melaka mengajak UMNO untuk berunding bagi mengelakkan pertembungan kerusi sesama mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata perundingan di antara BERSATU, UMNO dan PAS penting bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru ketika berhadapan dengan calon Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, hanya selepas UMNO menyatakan pendirian sama ada bersedia membuka pintu perundingan atau sebaliknya, PN akan membuat ketetapan jumlah kerusi yang akan ditandingi.

“Kita terbuka sekiranya UMNO mahu berunding dengan PN, saya tidak boleh membuat keputusan mewakili UMNO, namun di peringkat PN negeri kita sedia berunding dan bersetuju bagaimanapun ia bergantung kepada pendirian UMNO bukan saya yang tentukan,

MOHD RAFIQ

“Yang pasti ialah BERSATU tidak akan bertembung dengan PAS kerana kami sudah bersepakat untuk mengelak pertembungan sesama sendiri,” katanya pada sidang media PN Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka, sebentar tadi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam selepas beliau hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya semalam.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), ADUN BN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN BERSATU Telok Mas, Datuk Noor. 

Perkembangan itu secara teknikal menyaksikan Kerajaan Melaka tumbang kerana hilang majoriti sokongan.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi bawah BN, BERSATU (dua), DAP (tujuh), PKR (dua), AMANAH (dua) dan Bebas (1). 

Dalam pada itu, Mohd Rafiq memaklumkan keahlian Noor Effandi tergugur secara automatik dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) susulan tindakannya menyokong pembangkang.

Beliau berkata, keahlian ADUN Telok Mas tergugur secara automatik apabila terbabit dalam gerakan bersama tiga lagi ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

“Keputusan itu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti yang memutuskan tindakan Noor Effandi itu bertentangan dengan dasar parti.

“Dalam Perlembagaan parti menetapkan tidak akan menjalin hubungan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan tindakan beliau bersama PH, keahlian beliau gugur secara automatik.

“Bukan parti mengambil tindakan memecat beliau, sebaliknya keputusan itu (keahlian gugur automatik) adalah disebabkan oleh tindakan dirinya sendiri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.