nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU Gangguan Seksual Dibentang Penghujung 2021

6 OKT: Kerajaan telah selesai melaksanakan kajian bagi mewujudkan rang undang-undang (RUU) gangguan seksual yang akan dibentangkan di Parlimen pada penghujung tahun 2021.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ini kerana terdapat keperluan perundangan untuk melindungi hak dan kebajikan mangsa di samping mengelakkan salahlaku dan gangguan seksual menjadi norma di negara ini.

“Yang Berhormat (Segambut) pernah menjadi Timbalan Menteri, jadi mesti tahu proses undang-undang dibuat. Kita ambil serius undang-undang yang berkaitan kementerian dan insya-Allah melalui proses-proses yang telah ditetapkan. Kita sudah beberapa kali sebut berkaitan isu gangguan seksual.

“Insya-Allah, kita sedang berusaha bagi memastikan hujung tahun ini dapat dibentangkan dan sudah tentu sedang melalui prosesnya. Jadi, Yang Berhormat sebagai mantan Timbalan Menteri lebih mengetahui,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

SITI ZAILAH

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang bertanyakan tentang progres dan kemajuan RUU tersebut untuk dilaksanakan.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan asal Hannah berkenaan perancangan kerajaan dalam menjamin kelangsungan warga emas, Siti Zailah memaklumkan kerajaan telah selesai menjalankan kajian bagi mewujudkan Akta Warga Emas sebagai persediaan menuju negara tua 2030.

Beliau berkata, hasil kajian itu bagi melaksanakan penggubalan satu draf undang-undang yang bertujuan melindungi hak dan kebajikan warga emas termasuklah menyediakan hak-hak penjagaan, pelindungan, pemerkasaan dan sokongan merangkumi keluarga serta komuniti.

“Kementerian komited memastikan kesejahteraan warga emas dengan meneruskan usaha bersepadu dengan meningkatkan penjagaan pelindungan sokongan dan membolehkan warga emas menjadi masyarakat yang produktif. Kerajaan juga akan memperluaskan pusat aktiviti warga emas di 222 Parlimen selaras dengan projek RMKe-11 dan RMKe-12.

“Sehingga kini 143 pusat aktiviti warga emas telah ditubuhkan yang memberi manfaat kepada 49,697 warga emas. Pusat ini menjalankan aktiviti harian dalam komuniti melibatkan kerjasama strategik antara kementerian, agensi serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.