nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU355, RUU Kawalan hanya libatkan orang Islam

6 OKT: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU 355 serta RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (RUU Kawalan) tiada kena-mengena dengan penduduk bukan Islam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, berkata kedua-dua RUU berkenaan hanya membabitkan umat Islam di Malaysia.

“RUU Kawalan ini adalah sebenarnya ialah sekatan pengembangan doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang Islam.

“RUU Kawalan ini bukan bertujuan menyekat kebebasan beragama dari kalangan orang bukan Islam kerana mereka bebas menyebarkan agama mereka di kalangan mereka dan tidak dalam kalangan orang Islam,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas yang meminta Perdana Menteri menyatakan status RUU 355 dan dan RUU Kawalan  yang sudah sedia dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri pada tahun lalu.

Terdahulu, Idris berkata sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, JAKIM (“Jawatankuasa Teknikal”) yang ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU355 dengan melihat dari pelbagai aspek khususnya aspek perlembagaan, undang-undang dan hukum Syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Berhubung dengan RUU Kawalan pula, Jawatankuasa Teknikal turut mengadakan beberapa siri mesyuarat sepanjang tahun 2020 dan 2021 bagi membincangkan RUU Kawalan tersebut.

“Selain itu, Jawatankuasa Teknikal turut menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil khusus bagi meneliti secara lebih mendalam RUU Kawalan tersebut dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan terhadap RUU Kawalan tersebut bagi memastikan ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Setelah RUU 355 dan RUU Kawalan dimuktamadkan kelak, kedua-dua RUU 355 dan RUU Kawalan tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil yang dijadualkan akan diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2021,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.