nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM9.72 Juta Kos Kit Ujian Kendiri Di Sekolah

7 OKT: Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan sejumlah RM9.72 juta bagi membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 kepada sekolah di seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, jumlah itu merupakan nilai kontrak secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi membekalkan kit tersebut kepada 140 pejabat pendidikan daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebelum pembukaan sekolah pada bulan ini.

Menurut beliau, pemilihan syarikat itu telah dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Rundingan Harga berdasarkan lima kriteria utama dalam memastikan pembekalan ujian kit kendiri COVID-19 dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Asas pertimbangan pemilihan syarikat adalah pertama kit ujian menepati spesifikasi ditetapkan, kedua, harga menguntungkan kerajaan. Ketiga, nilai tambah yang ditawarkan pihak syarikat dan keempat ialah keupayaan kewangan syarikat dalam melaksanakan pembekalan segera.

“Yang terakhir adalah keupayaan syarikat membuat penghantaran ke 140 PPD dan JPN sebelum atau pada 26 September 2021. Hasil rundingan tersebut, jawatankuasa rundingan harga mendapati tiga (daripada enam syarikat) memenuhi asas pertimbangan ditetapkan.

“KPM keluar surat setuju terima pada 13 September lalu dan penghantaran ini telah disempurnakan oleh semua syarikat di 140 PPD dan JPN seluruh negara pada 25 September dan untuk makluman Yang Berhormat, pembekalan kit ujian kendiri untuk pembukaan sekolah pada Oktober sehingga Disember 2021,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PH Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang ingin mengetahui butiran proses perolehan kit ujian kendiri untuk sekolah-sekolah termasuk kos yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian.

Mengulas lanjut, Radzi memaklumkan kaedah pembekalan oleh tiga syarikat tersebut mengikut enam zon yang telah ditetapkan bagi memastikan tumpuan dapat diberikan serta kelancaran dengan lebih cekap dan berkesan.

“Zon 1 adalah Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Zon kedua, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka; zon ketiga, Johor, Negeri Sembilan; Zon keempat, Pahang, Terengganu dan Kelantan; zon lima, Labuan dan Sabah dan terakhir zon enam adalah di Sarawak.

“Cadangan ini dilaksanakan KPM bagi memastikan syarikat dapat membekalkan kit ujian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.