nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU Melaka fokus bantu rakyat, pemulihan ekonomi

8 OKT: Di sebalik kemelut politik dan Pilihan Raya Negeri (PRN) mungkin berlaku tidak lama lagi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka tetap meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Ketua ARMADA Bahagian Kota Melaka, Mohamad Arib Abu Kasim berkata BERSATU berpendirian segala fokus ketika ini harus diberikan kepada usaha untuk memulihkan negara dan negeri Melaka daripada pandemik COVID-19.

Beliau berkata apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah hilang sokongan kepada Ketua Menteri adalah amat wajar dengan kebijaksanaan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam memanggil semua ADUN untuk mereka menzahirkan sokongan mereka kepada calon Ketua Menteri Melaka yang baharu (jika terdapat jumlah angka sokongan yang mencukupi).

BERSATU Melaka tetap fokus kepada usaha memulihkan negara dalam suasana pergolakan politik di negeri itu sehingga DUN Melaka dibubarkan baru-baru ini.

“Bagaimanapun, bagi menghormati proses demokrasi, perlembagaan negeri dan keputusan yang telah dibuat Yang Dipertua Negeri Melaka, kami dan jentera akan bersiap sedia bagi menyertai PRN yang tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam masa terdekat tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“Isu politik dan tuduhan tertentu yang digembar-gembur beberapa hari ini, kami tidak mahu menyentuh, kerana ianya melibatkan perselisihan peribadi dan juga politik dalaman UMNO.

“Adalah wajar diselesaikan terlebih dahulu kerana kegagalan tersebut membuatkan rakyat lebih muak dan jelik dengan sikap buas pemimpin yang hanya mementingkan kepentingan peribadi semata-mata terutama anak muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Arib berkata ungkapan UMNO ‘No DAP No Anwar’ bertentangan dengan kenyataan Pengerusi UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui parti itu dan Barisan Nasional (BN) ‘meminta nyawa’ dengan DAP.

Beliau berkata tindakan berkenaan diambil bagi menyelamatkan kerajaan negeri Melaka daripada runtuh adalah dikesali.

Katanya, ini kerana tindakan tersebut juga bersifat mementingkan kuasa melebihi nyawa, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat Melaka lantas mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka.

“Negeri Melaka yang penuh bersejarah ini dilihat sedikit mundur ke belakang akibat pentadbiran yang kurang kesefahaman antara pemimpin utama dalam kerajaan negeri.

“Oleh itu, adalah wajar untuk Melaka memberi peluang kepada pemimpin baharu yang muda dan lebih bertenaga bagi menjayakan dasar pelan pemulihan negara untuk kebaikan ekonomi di negeri Melaka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.