nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar pengangguran negara susut 4.6 peratus Ogos lalu

8 OKT : Kadar pengangguran di negara ini menyusut 4.6 peratus pada Ogos lalu di mana jumlah penganggur berkurangan daripada  778,200 kepada 748,800 orang.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kedudukan tenaga buruh semakin baik pada Ogos berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk kembali beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia ditunjukkan oleh peningkatan dalam guna tenaga manakala pengangguran menurun pada bulan dikaji dengan beberapa negeri beralih ke fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

“Kadar pengangguran pada Ogos 2021 menurun 0.2 mata peratus kepada 4.6 peratus berbanding Julai yang merekodkan 4.8 peratus.

“Justeru, bilangan tenaga buruh terus meningkat bagi bulan kedua sebanyak 0.3 peratus kepada 16.13 juta orang pada Ogos daripada 16.07 juta pada Julai.

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada bulan dikaji meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 68.4 peratus berbanding 68.3 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya menerusi laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia Ogos 2021.

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Perlis dan Sarawak beralih ke Fasa 3 bermula 4 Ogos lalu kecuali beberapa daerah di Sarawak yang masih berada dalam Fasa 2. manakala mulai 26 Ogos, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing telah beralih kepada Fasa 2 dan Fasa 4.

Johor, Kedah, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masih dalam Fasa 1 manakala baki enam negeri lagi kekal dalam Fasa 2 pada Ogos.

Katanya lagi,  bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.5 peratus bulan ke bulan kepada 15.38 juta pada Ogos 2021 dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk meningkat 0.2 mata peratus kepada 65.2 peratus.

“Sementara itu, bilangan penganggur menurun sebanyak 3.8 peratus kepada 748,800 orang berbanding Julai meningkat 1.2 peratus membabitkan 778,200 orang.

“Ia menjadi penurunan pengangguran yang pertama setelah merekodkan peningkatan pada Jun dan Julai 2021,” jelasnya.

Manakala, sektor ekonomi dan perkhidmatan terus mencatatkan perubahan positif bulan ke bulan terutama dalam aktiviti perkhidmatan makanan & minuman; perdagangan borong dan runcit; dan kesihatan kemanusiaan & kerja sosial.

Guna tenaga dalam sektor pembuatan dan pembinaan juga merekodkan pertumbuhan positif setelah mencatatkan penurunan pada bulan sebelumnya manakala sektor pertanian serta perlombongan & pengkuarian kekal dalam trend menurun.

Merumuskan keseluruhan kedudukan tenaga buruh, Mohd Uzir berkata, hasil positif daripada penurunan kes COVID-19 harian serta dengan peningkatan jumlah dos vaksinasi di seluruh dunia dijangka memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.