nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Melaka: Orang Melayu Mahu BERSATU, UMNO Rapatkan Saf

10 OKT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sentiasa membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi. 

Perkara ini perlu dilakukan bagi memastikan rakyat di negeri itu tidak menjadi mangsa kerakusan polemik politik yang berlaku di samping kebimbangan rakyat berhubung risiko penularan COVID-19 akan meningkat sekiranya PRN Melaka diadakan.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang memaklumkan BERSATU mengamalkan politik mesra, kasih sayang dan tidak bermusuh dengan sesiapa, khususnya rakan parti lain yang memperjuangkan wadah sama.

“Kita tidak mahu bergaduh dengan orang. Kalau orang bergaduh dengan kita pun, kita maafkan dan nak berbaik dengan sesiapa juga tapi jangan sampai merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

“Saya yakin kalau kita buat sesuatu yang baik (tetapi) orang tidak bersama dengan kita, Allah pasti akan buka hati mereka untuk bersama dengan kami yang benar-benar ikhlas nak bekerja untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad dan EXCO NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menolak kerjasama dengan BERSATU dalam menghadapi PRN Melaka namun, difahamkan pucuk kepemimpinan UMNO masih belum membincangkan mengenai cadangan kerjasama berkenaan.

Mengulas berkenaan perkara tersebut, Ahmad Faizal berkata, penolakan kerjasama antara UMNO dan BERSATU itu bukan diputuskan oleh majoriti pemimpin parti itu, sebaliknya dicadangkan oleh beberapa pemimpin sahaja.

Beliau percaya masyarakat, terutama orang Melayu sangat berharap dan mendoakan orang politik tidak bergaduh dan bercakaran sesama sendiri.

“Sebaliknya mengerat dan merapatkan saf dan pada masa sama mementingkan rakyat lebih daripada kepentingan diri, kumpulan atau parti yang mereka wakili. 

“Kalau ada yang kata tak nak bersama dengan kita, saya percaya mungkin itu pandangan peribadi, bukannya pandangan majoriti parti yang mereka wakili,” katanya. 

Selasa lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 dan satu PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum itu mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober setelah dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.