nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS Harmonikan Hubungan BERSATU, UMNO

11 OKT: Demi menjaga hubungan antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), parti itu mengambil pendekatan meminta ahlinya mengundi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut diambil PAS demi mencari keharmonian dalam kerjasama politik dengan UMNO dan BERSATU.

“Jentera parti, petugas PAS dan pengundi kita akan minta dia kekal undi kepada parti yang memenangi kerusi tersebut. Dengan cara ini kita akan harmonikan situasi itu, manakala kerusi-kerusi lompat dan kerusi yang belum kita menangi sepatutnya itu jadi fokus.

“Bukan kepada kerusi yang kita menang, sepatutnya gerak kerja pergi kepada kerusi yang belum dimenangi,” katanya kepada media, hari ini. 

Terdahulu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya masih belum menetapkan kedudukan sebenar jika parti itu berdepan dengan pilihan di antara UMNO dan BERSATU jika PRN Melaka diadakan.

PAS mengambil pendekatan mengharmonikan hubungan antara UMNO dan BERSATU.

Malah, beliau memaklumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan, PAS sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada PRN Melaka.

“PAS masih mendokong usaha untuk memperkukuhkan penyatuan ummah antara UMNO dan BERSATU,” katanya. 

Tambah Menteri Alam Sekitar dan Air itu, ia merupakan jalan keluar bagi memastikan usaha PAS menjadi orang tengah dalam penyatuan antara UMNO dan BERSATU dapat diperkukuhkan.

“Parti kita masih lagi mendokong hasrat untuk memperkukuhkan muafakat penyatuan ummah di mana PAS dengan UMNO dan BERSATU yang mendokong kerajaan pusat itu dapat kita kekalkan.

“Itu pendirian parti, dan usaha-usaha untuk mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pihak sentiasa kita adakan.

“Bahkan apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini, kita ada kekuatan yang saling perlu dan memerlukan. Kita hendak supaya aspek ini perlu dilihat dan untuk itu parti melihat jalan keluar kepada muafakat politik ini adalah pertama kita perlu ada polisi berhubung dengan kerusi yang telah dimemangi oleh setiap parti kekal kepada parti berkenaan,” katanya. 

Untuk rekod, DUN Melaka dibubarkan secara mengejut pada 4 Oktober lalu selepas Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti untuk meneruskan pentadbiran selepas empat Ahli DUN yang sebelum ini berada dalam kerajaan menarik sokongan. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.