nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasukan khas dibentuk perhalusi isu PKS, golongan rentan

15 OKT: Satu Pasukan Petugas Khas akan dibentuk bagi memperhalusi isu pembiayaan, tenaga kerja dan keperluan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta golongan rentan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan berkenaan akan dianggotai oleh wakil Kementerian Kewangan; Bank Negara Malaysia; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Sumber Manusia serta kementerian lain.

Muhyiddin berkata, pasukan petugas khas berkenaan akan membentangkan kajian terperinci dan syor-syor dalam masa sebulan kepada MPN untuk pertimbangan.

“Majlis telah membincangkan bentuk bantuan kepada PKS dalam fasa pemulihan terutama berhubung isu kecairan dan kekurangan tenaga kerja serta pengagihan bantuan makanan kepada golongan rentan.

“Mengambil kira pelbagai bantuan dan inisiatif sedia ada berkaitan kewangan dan penyediaan tenaga kerja kepada PKS, di bawah pelbagai Kementerian dan Agensi, Majlis berpandangan bahawa satu analisis yang lebih terperinci perlu dibuat.

“Ini demi memastikan industri-industri yang terkesan berdasarkan statistik-statistik terkini dikenal pasti bagi memastikan penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang lebih berfokus dapat dilaksanakan segera,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) keempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PH-Subang, Wong Chen (PKR); Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen (DAP); Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PAN); serta Tan Sri Bernard Giluk Dompok, yang mewakili Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata MPN juga bersetuju supaya agihan bantuan makan kepada golongan rentan perlu lebih menyeluruh kepada kumpulan sasar.

Berikutan itu, Muhyiddin berkata peranan badan bukan kerajaan (NGO) dalam hubungan tersebut perlu diperkasa dengan bantuan dan kerjasama semua agensi yang terlibat dalam pemberian bantuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.