nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rundingan kerusi PN dimuktamad masa terdekat

15 OKT: Parti gabungan Perikatan Nasional (PN) akan selesai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) semalam telah membincangkan persiapan BERSATU bagi menghadapi (PRN Melaka) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata BERSATU bersedia untuk menghadapi PRN Melaka dengan melakukan persiapan sewajarnya memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah pun dibubarkan.

Beliau berkata MPT BERSATU mengambil maklum bahawa Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga merupakan Pengerusi Parti Perikatan Nasional Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Perikatan Nasional Negeri telah pun mengatur strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi parti bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya ini.

“Susulan taklimat yang diberikan oleh Mohd Rafiq juga, BERSATU dan parti-parti komponen PN akan terus meningkatkan pelaksanaan program-program outreach sedia ada di kerusi- kerusi DUN Melaka bagi menyantuni rakyat antaranya inisiatif Gerai Prihatin Rakyat yang mendapat sambutan baik daripada rakyat Melaka.

“Manakala, rundingan kerusi di antara semua parti komponen Perikatan Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

PRN Melaka terpaksa diadakan berikutan tindakan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Sulaiman memohon pembubaran kerajaan.

Empat bekas ADUN itu ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu ), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Berikutan itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa 4 Oktober lalu selepas beliau hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam memperkenan permohonan pembubaran. Mengikut Perlembagaan negeri, PRN perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN. – Oleh HAIKA KHAZI

Tamat

Get real time updates directly on you device, subscribe now.