nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadangan kenaikan gaji PDRM perlu kajian menyeluruh

17 OKT: Cadangan kenaikan gaji anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kajian yang menyeluruh, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membincangkan isu gaji pegawai dan anggota PDRM dengan kementerian dan agensi berkaitan.

Kata Ismail Sabri, perbincangan itu antara lain membabitkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan yakin perbincangan awal berkaitan isu itu sudah berlangsung.

“Ini perlu perbincangan mendalam kerana membabitkan kewangan,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Superintendan Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada Deputi Superintendan di Dewan Sri Kempas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di sini, hari ini.

Upacara itu disempurnakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera Deputi Superintendan N Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat Asisten Superintendan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Superintendan Mansor Samsudin di IPD Bera hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media baru-baru ini, bahawa kadar gaji dan elaun polis terutamanya yang berpangkat rendah menjadi punca polis berhadapan masalah termasuk hutang dan difahamkan semakan terakhir gaji polis dibuat pada 2010.

Sementara itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada polis yang cemerlang melaksanakan tugas sebagai pasukan barisan hadapan pandemik Covid-19 tanpa mengira waktu, meskipun dalam kesibukan melaksanakan tugas hakiki menjaga keselamatan negara.

Selain itu, lebih 150,000 penduduk Bera menerima berita gembira hari ini apabila Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengumumkan pembinaan beberapa balai dan pondok polis baharu serta menambah baik balai sedia ada di beberapa lokasi strategik demi keselamatan penduduk selari dengan keperluan semasa.

Ini termasuk pembinaan balai dan pondok polis baharu di gugusan Felda Tembagau, Charuk Puting, Felda Bukit Mendi dan Bera Selatan, yang ketiadaan pondok polis menyebabkan penduduk sekitar perlukan sejam untuk tiba di balai polis berhampiran.

Ia juga selaras dengan kenaikan IPD Bera daripada gred C kepada gred B, yang antara lain membolehkan pertambahan jumlah keanggotaan daripada 300 orang kepada lebih 400 orang, yang dilihat sesuai dengan keluasan daerah itu yang hampir menyamai Melaka.

Peruntukan lebih RM2 juta juga diumumkan Perdana Menteri bagi projek penambahbaikan, antaranya pondok polis dan kuarters Triang, IPD Bera, Balai Polis Kuala Bera, Balai Polis Mengkarak, balai polis dan kuarters Kemayan, Bandar 32 serta Felda Mayam.

“Pertambahan anggota dan kewujudan balai baharu serta penambahbaikan yang dilakukan akan memberikan keyakinan kepada penduduk Bera dalam aspek keselamatan, selain membaiki kualiti perkhidmatan yang diterima rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.