nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS desak kerajaan tutup kilang arak jenama Timah

18 OKT: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah, termasuk menutup operasinya.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Mohd Nor Hamzah, berkata kerajaan juga perlu melakukan siasatan latar belakang serta ketekunan wajar (due diligence) terhadap syarikat berkenaan.

“Kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan menutup syarikat pengeluar minuman keras itu bagi mengelakkan duluan yang boleh menyebabkan kemunculan syarikat pengeluar minuman keras yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arak Timah menjadi kontroversi berikutan jenamanya dianggap berkaitan nama orang Melayu dan Islam, iaitu ‘Fatimah’ tetapi syarikat pengeluarnya mendakwa ia merujuk kepada bijih timah.

MOHD NOR

Label pada botol arak itu juga menggunakan imej lelaki berjanggut memakai penutup kepala seakan-akan kopiah, dipercayai adalah Kapten Tristram Speedy yang juga seorang Kapten Polis di Larut, Perak, pada 1870-an.

Dalam pada itu, Mohd Nor berkata, kerajaan harus memastikan iklan dan promosi minuman keras oleh mana-mana syarikat, dipantau berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau menegaskan, pemantauan dan penguatkuasaan oleh kementerian berkaitan juga perlu diperkemaskan supaya insiden seperti arak Timah tidak berulang.

“Kerajaan perlu memastikan sebarang iklan dan promosi berkenaan minuman keras oleh mana-mana syarikat, dipantau mengikut garis panduan larangan mempromosikan minuman keras dan alkohol seperti termaktub dalam Bahagian 3, Kod Kandungan mengenai Iklan, Perenggan 8.5 (Iklan Khusus Lain), Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan).

“Selain itu, kerajaan perlu memperkemaskan pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya ia tidak berulang lagi selepas ini,” katanya.

Mohd Nor memaklumkan dengan mengambil kira kritikan netizen terutama pada PAS serta maklum balas kerajaan, pihaknya berpendapat sebarang promosi dan penjualan minuman keras secara terbuka perlu dihentikan.

Beliau berkata, perkara itu jika dibiarkan berleluasa, dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada masyarakat, khususnya anak muda.

“Malah, mana-mana syarikat pengeluar minuman keras harus mengambil kira aspek sensitiviti agama dalam mempromosikan produk mereka walaupun Malaysia merupakan sebuah negara majmuk,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.