nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sistem IDN digunakan sepenuhnya bermula 2024

20 OKT: Kerajaan akan menggunakan sistem Identiti Digital Nasional (IDN), iaitu pengenalan dan pengesahan diri untuk urusan rakyat dalam talian sepenuhnya mulai 2024.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata IDN berkenaan menggunakan teknologi terkini biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris itu bukan untuk menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri.

“Pengesahan individu secara digital ini penting bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian yang boleh merugikan negara,” katanya pada sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-73 secara maya, hari ini.

Hamzah berkata, proses perancangan IDN bermula tahun ini, dengan sistem dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditambah baik supaya sentiasa terkini dan selamat.

“Dengan adanya IDN ini, semakan dan pengesahan individu warganegara yang mempunyai MyKad juga dapat dilaksanakan dengan mudah dan tepat.

“Ia bukan hanya dapat membantu melancarkan semua proses yang terbabit, malah apa yang lebih penting ia mampu memberi keyakinan tinggi kepada rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Kata Hamzah, JPN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang membangunkan Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM), iaitu satu integrasi antara sistem JPN dengan Sistem Laporan Polis (PRS), membabitkan 690 balai polis di Semenanjung.

Beliau berkata, sistem itu memudahkan proses pengesahan kematian yang dilaporkan semua balai polis berkenaan dan membabitkan kematian yang tiada unsur jenayah di rumah.

Melalui sistem integrasi itu, katanya, JPN akan membuat pengesahan kematian secara dalam talian, sekali gus mempercepatkan proses pendaftaran dan pengeluaran sijil kematian kepada waris.

“Sebelum pelaksanaan SPDIM ini, rakyat perlu menunggu untuk mendapatkan sijil kematian, namun dengan adanya sistem ini pengeluaran sijil kematian boleh dibuat pada hari yang sama kematian dilaporkan di balai polis,” katanya.

Selain itu, Hamzah berkata, JPN akan memperluaskan perkhidmatan dalam talian atau eServices sedia ada bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatannya.

Ketika ini, antara perkhidmatan dalam talian yang disediakan JPN adalah pendaftaran kelahiran, permohonan kad pengenalan 12 tahun, pendaftaran perkahwinan dan gantian MyKad.

Mengulas tema sambutan Hari Pendaftaran Negara tahun ini iaitu “JPN 73 Tahun: Transformasi Digital”, beliau berkata, ia bertepatan susulan peralihan ke arah transformasi perkhidmatan secara digital dan dalam talian.

“Peralihan dan penambahbaikan daripada sistem lama kepada digital ini terbukti mampu meningkatkan tahap keselamatan maklumat data peribadi penduduk Malaysia, terutamanya dalam mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab seperti pemalsuan kad pengenalan mahupun ‘black economy’ (ekonomi gelap),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.