nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kilang proses tauhu kotor, menjijikkan di arah tutup

20 OKT: Jijik, meloyakan, lantai kotor dengan najis tikus merata-rata, sisa bahan mentah diletakkan atas lantai dan mesin memproses pula dipenuhi lalat.

Itulah keadaan sebuah kilang memproses tauhu yang terletak di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini ketika diserbu oleh penguatkuasa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Serbuan itu dibuat selepas BKKM JKNPP mendapati pemilik kilang berkenaan masih gagal mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan walaupun sudah diberi amaran melibatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada dua bulan lalu.

Ketua Bahagian BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan pihaknya hari ini mendapati keadaan di kawasan memproses tauhu itu sangat kotor, selain menemui najis tikus di dalam stor simpanan bahan mentah.

Mohd Wazir berkata semakan juga mendapati lebihan tauhu dibiarkan atas lantai dengan para pekerja dilihat menggunakan peralatan yang tidak diselenggara dengan baik untuk memproses tauhu berkenaan.

“Kita sudah serbu kilang ini dua bulan lalu dan amaran sudah diberikan agar pemilik premis memperbaiki kesalahan mereka.
Wazir (kanan) menunjukkan kain kotor yang digunakan pekerja kilang dalam memproses tauhu ketika serbuan dilakukan di kilang di Tasek Gelugor, hari ini.

“Bagaimanapun, dalam serbuan hari ini kita dapati keadaan premis terlalu kotor dan tauhu yang siap diproses turut dihurungi lalat,’ katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerbu kilang terbabit, hari ini.

Difahamkan tauhu yang siap diproses di kilang ini dijual di pasar-pasar sekitar utara tanah air.

Wazir berkata, majikan kilang ini juga gagal memastikan pekerjanya menerima suntikan tifoid serta tidak memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

“Secara keseluruhannya, kilang yang telah beroperasi hampir 10 tahun itu didapati gagal untuk mematuhi semua kehendak kesihatan ditetapkan sebagai kilang yang menjalankan perniagaan menyedia dan memproses makanan.

“Justeru, notis penutupan kilang kilang selama 14 hari diberikan untuk pemilik memastikan mematuhi piawai ditetapkan dan jika lawatan susulan berpuas hati dengan tahap kebersihan, kilang dibenarkan beroperasi.

“Jika keadaan kilang masih tidak memuaskan maka arahan tutup dilanjutkan,” katanya memaklumkan pihak berkuasa juga mengeluarkan tiga kompaun atas beberapa kesalahan lain berjumlah RM4,000 kepada pemilik kilang terbabit.

Malah difahamkan beberapa pekerja warga asing kilang berkenaan yang dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri bertindak melarikan diri sebaik sahaja melihat kehadiran pihak berkuasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.