nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua siasatan berita palsu ketika Ordinan Darurat diteruskan

25 OKT: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan semua kes siasatan dan prosiding mahkamah mengenai penularan berita palsu yang berlaku ketika Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 dikuatkuasakan akan diteruskan, walaupun ordinan berkenaan sudah diungkai.

Annuar yang juga Ahli Parlimen BN-Ketereh berkata bagi kes yang sedang disemak, ia terpulang kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya.

Beliau memaklumkan, sepanjang ordinan itu berkuat kuasa, tidak ada sebarang kompaun dikenakan bagi kesalahan penularan berita palsu kerana tiada sebarang peruntukan yang membenarkan hukuman berkenaan diambil, namun ada kes dibawa ke mahkamah dengan mengenakan denda dalam jumlah yang tidak begitu besar.

“Sejak Ordinan Darurat itu berkuat kuasa dari 21 Mac hingga 21 Oktober lalu, sebanyak 30 kertas siasatan dibuka. Daripada jumlah itu, 26 kes selesai yang terdiri daripada 12 kes dituduh dan 14 kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Sebanyak empat kes masih dalam siasatan, yang mana satu kes dalam siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga kes dalam kajian Jabatan Peguam Negara dan Pengarah Pendakwaan negeri,” katanya pada sesi penggulungan pengungkaian tujuh Ordinan Darurat di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan hari ini mengemukakan usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan mengungkaikan tujuh Ordinan Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tujuh Ordinan Darurat yang diusulkan untuk diungkaikan ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 serta Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.

Turut dicadangkan untuk diungkaikan ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021, Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021, dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.