nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksinasi capai 90 peratus bukti kerajaan tidak gagal

25 OKT: Segala tohmahan dan fitnah dilemparkan pembangkang bahawa kerajaan gagal mengawal penularan COVID-19 kini terjawab apabila kadar vaksinasi negara kini mencapai lebih 90 peratus populasi dewasa di negara ini.

Ahli Parlimen PAS-Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata Malaysia juga pernah menjadi negara mencatatkan kadar vaksinasi harian tertinggi di dunia dengan lebih 500,000 vaksin COVID-19 diberikan kepada rakyat di negara ini dalam sehari.

Beliau berkata kejayaan disebalik peningkatan kadar vaksinasi ini sepatutnya menjadi indikator atau petunjuk jelas bahawa langkah proaktif Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat berkenaan memberi sinar baharu kepada negara untuk mempercepatkan pembukaan dan pemulihan ekonomi negara.

Bagaimanapun, Che Abdullah berkata sungguh malang sekali apabila ada pihak cuba menangguk di air keroh ketika kerajaan sedang bersusah payah dan mengerah segala kudrat untuk melawan pandemik COVID-19.

“Mereka sekadar menjadi penghasut dengan membawa slogan ‘Kerajaan Gagal’. Justeru itu, saya yakin segala tohmahan dan kecaman ditujukan kepada kerajaan berlapikkan kepada kegagalan pelaksanaan Ordinan Darurat menunjukkan mereka sendiri tidak faham dengan situasi negara ketika itu.

“Kesemua perkara dilonggokkan menjadi bahan politik sehingga tumpuan kepada rakyat dialihkan. Inilah realiti politik cara lama yang masih bersarang di negara ini.

“Sebenarnya, peningkatkan kes yang berlaku pada Mei hingga Ogos lalu adalah kerana peningkatkan kes akibat penyebaran varian delta yang melanda negara sekali gus menjadikan penyebaran gelombang ketiga COVID-19.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi

“Berikutan itu kes harian COVID-19 di Malaysia meningkat kepada antara 20,000 hingga 30,000 kes sehari dengan jumlah kematian harian juga tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap membahaskan usul kerajaan untuk merungkai tujuh Ordinan Darurat di Parlimen, sebentar tadi.

Berikutan itu, Che Abdullah menzahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak tertentu menilai keberkesanan pelaksanaan darurat berdasarkan peningkatan kes positif dan kematian harian akibat penularan COVID-19 semata-mata dengan mengetepikan semua fakta lain.

“Saya berasa kesal kerana mereka sengaja menutup mata dan tidak melihat tindakan kerajaan mengisytiharkan darurat bagi tujuan merintis jalan baharu bagi memboleh negara keluar fasa pendemik ke fasa endemik COVID-19 seperti berlaku sekarang ini.

“Malah, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang rancak dijalankan ketika itu adalah rahsia utama kejayaan dikecapi negara sekarang.

“Pakej bantuan dilancarkan semasa darurat termasuk Pakej PERMAI, PEMERKASA dan PEMULIH untuk membantu rakyat juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa tujuan utama darurat diumumkan adalah supaya kerajaan dapat mengekalkan kuasa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.