nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPDNHEP sita 2,797 unit penapis air bernilai RM7.5 juta

26 OKT : Sebanyak 2,797 unit penapis air pelbagai model serta periuk tekanan tinggi dianggar bernilai RM7.5 juta telah disita daripada sebuah syarikat jualan langsung selasa lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan rampasan tersebut dalam pemeriksaan lesen jualan langsung oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur di gudang syarikat itu di sebuah kawasan perindustrian di Subang Jaya.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin, berkata pemeriksaan mendapati syarikat terbabit menyimpan dan memasarkan model terbaharu penapis air dan periuk tekanan tinggi tanpa mendapat kelulusan pihak kementerian terlebih dahulu.

Katanya, semua produk yang dirampas itu didapati tidak disenaraikan dalam senarai barangan yang diluluskan dan dibenarkan untuk dijual mengikut syarat yang ditetapkan dalam lesen jualan langsung syarikat terbabit.

“Semakan mendapati lesen syarikat ini masih sah hingga 20 Disember 2023 dan terdapat 21 model produk syarikat itu yang dibenarkan dijual dalam pasaran, namun barangan yang dirampas itu masih belum mendapat kelulusan KPDNHEP,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Stor Eksibit KPDNHEP Kuala Lumpur di Kompleks Setral hari ini.

Syarikat tersebut didapati menambah enam model produk dalam senarai jualannya tanpa mendapat kebenaran KPDNHEP.

Turut hadir Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Nurul Syarina Md Anuar dan Penolong Pegawai Penguatkuasa, Md Joha Bahran.

Syarikat terbabit kata Ariffin, didapati menambah enam model produk penapis air serta satu model produk periuk tekanan tinggi dalam senarai jualannya tanpa mendapat kebenaran KPDNHEP dan perkara itu menjadi satu kesalahan.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 6(4) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 iaitu pemegang lesen tidak mematuhi mana-mana syarat lesen yang dikenakan pengawal.

“Mengikut seksyen itu, pihak yang melanggar syarat telah melakukan satu kesalahan dan boleh disabitkan mengikut Seksyen 39(2) Penalti Am yang mana boleh dikenakan denda tidak lebih RM250,000 dan sekiranya kesalahan berulang, boleh dikenakan denda maksimum RM500,000,” katanya.

Kata Ariffin lagi,  syarikat terbabit berdaftar di bawah Lesen Jualan Langsung dan ia tertakluk dengan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

“Syarikat ini perlu menjaga kepentingan pelanggan dan untuk itu, setiap barang atau produk yang hendak dijual secara langsung itu perlu mendapat kelulusan Pengawal Jualan Langsung iaitu Ketua Setiausaha KPDNHEP.

“Oleh itu, setiap barangan yang tiada dalam senarai barangan yang diluluskan itu, tidak boleh dijual sewenang-wenangnya. Kita tidak mahu berlaku salah guna (lesen),” tegasnya.

Menurut Ariffin, amat penting untuk sesuatu produk itu mendapat kelulusan agar  memastikan ia selamat dan tidak berbahaya untuk digunakan oleh orang ramai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.