nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JAKIM terima 47 laporan ajaran sesat setakat September 2021

28 OKT: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima laporan mengenai 47 kes pemujaan salah, perbuatan atau ajaran salah, doktrin palsu, dan dakwaan palsu berlaku di seluruh negara dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sejak Januari 2020 hingga hingga September 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, berkata daripada jumlah itu 33 laporan ajaran sesat dilaporkan kepada JAKIM berlaku pada tahun lalu, manakala 14 lagi adalah dari Januari hingga September lalu.

“JAKIM sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam di peringkat pusat sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri bagi membanteras ajaran – ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam di negara ini.

“Pihak Penguat Kuasa Agama di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah  melakukan operasi  terhadap aktiviti ajaran sesat berpandukan laporan awam dan risikan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Idris berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen BN-Parit Datuk Mohd Nizar Zakaria yang meminta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah laporan berkenaan ajaran sesat yang telah dilaporkan sepanjang tahun 2020 sehingga suku ketiga tahun 2021.

Mohd Nizar juga ingin tahu apakah usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat.

Mengulas lanjut, Idris berkata JAKIM dengan kerjasama JAIN sentiasa melakukan usaha berterusan yang telah dilaksanakan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat.

Beliau berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 5 Mei 1996 telah memutuskan pandangan hukum supaya umat Islam di negara ini berpegang kepada manhaj  Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada dari segi akidah, syariah mahupun akhlak.

Idris Ahmad

Katanya, pihak kerajaan turut menyedari bahawa ajaran sesat ini turut menjadikan alam maya sebagai platform penyebarannya.

“Oleh itu, bagi membendung penularan ajaran sesat ini, JAKIM telah menyelaras tindakan melalui jawatankuasa sedia ada dengan Jabatan Agama Islam Negeri antaranya Jawatankuasa Pemandu Ajaran Sesat (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS) dan Panel Pakar Akidah (PPA).

“JAKIM juga memberi tumpuan kepada memperkukuhkan akidah ummah melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang komprehensif dan berkesan dengan kerjasama MAIN, JAIN serta agensi- agensi lain yang berkaitan. Antara pendekatan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh JAKIM untuk menangani isu penyelewengan akidah umat Islam di Malaysia.

“Ini termasuklan bekerjasama dengan MAIN dan JAIN dalam aspek penyelidikan mengenai ajaran dan doktrin yang meragukan atau disyaki menyeleweng daripada agama Islam.

“JAKIM juga sentiasa engadakan pertemuan dan sesi dialog secara tertutup bersama kumpulan atau individu yang terlibat dengan ajaran yang meragukan,” katanya.

Idris berkata JAKIM dan JAIN juga sentiasa melaksanakan kajian secara menyeluruh dalam pelbagai aspek sebelum sesuatu ajaran atau doktrin itu diberi pandangan hukum oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Ini termasuk kajian dari sudut kesan dan implikasi apabila sesuatu pandangan hukum mengenai ajaran sesat dikeluarkan.

“Jabatan Mufti di negeri mengeluarkan fatwa mengenai ajaran terbabit mengikut peruntukan dan bidang kuasa masing-masing berpandukan kepada pandangan hukum oleh Muzakarah MKI dan perbincangan di peringkat Jawatankuasa/Muzakarah Fatwa Negeri-Negeri.  

“Kita juga memberi kaunseling dan nasihat agama kepada mereka yang terlibat bagi membantu mengembalikan akidah dan kehidupan mereka kepada kehidupan normal masyarakat,” katanya.

Beliau berkata JAKIM bersama-sama dengan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), turut menganjurkan program-program bagi memperkukuhkan kefahaman ahli sunnah wal jamaah dalam kalangan masyarakat awam secara berterusan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.