nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bajet 2022 sokong pemulihan negara ke fasa endemik

30 OKT: Bajet 2022 akan menyokong pemulihan negara melalui dasar fiskal yang mengembang berdasarkan keutamaan bagi memulihkan negara daripada kesan jangka panjang pandemik COVID-19 sekali gus mengembalikan keyakinan pelabur.

Pengerusi Majlis Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia adalah cerminan tekad kerajaan bagi mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

“Bajet 2022 ini akan terus memperkasa usaha pemulihan negara di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang giat dijalankan, menerusi tiga strategi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

“Saya percaya bajet yang dibentangkan ini akan memastikan segala bentuk bantuan serta sokongan yang diumumkan akan sampai kepada sasaran, lebih-lebih lagi kepada semua pihak dan sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Bajet 2022 akan membantu Malaysia bangkit semula memulihkan negara dari segi kesihatan dan ekonomi.

“Bantuan yang diberikan itu amat penting terutamanya dalam memastikan kejayaan tahun 2022 sebagai tahun pemulihan untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mencadangkan peruntukan sebanyak RM332.1 bilion sekali gus menjadi jumlah tertinggi berbanding belanjawan tahunan terdahulu dengan matlamat mensejahterakan Keluarga Malaysia untuk bangkit semula memulihkan negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM233.5 bilion dikhususkan bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion bagi tujuan pembangunan manakala RM23 bilion diletakkan di bawah Kumpulan Wang COVID-19, dengan RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka.

Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada Tengku Zafrul atas pembentangan Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” bernilai RM332.1 bilion iaitu bajet yang terbesar dalam sejarah belanjawan negara.

Mengulas mengenai peruntukan kedua terbesar yang diterima oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Muhyiddin berkata, pemberian itu amat tepat bagi memacu pemulihan negara ke fasa endemik.

“Justeru diharapkan penekanan pada sektor kesihatan bukan sahaja mampu menampung fasa endemik tetapi juga memperkukuh sistem kesihatan negara untuk menghadapi cabaran pandemik lain pada masa depan termasuk dari segi kapasiti hospital, fasiliti dan kepakaran.

“Peruntukan paling besar sebanyak RM52.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan pula menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap aspek pembangunan modal insan termasuk penyediaan fasiliti dan akses pembelajaran yang masih menjadi masalah utama bagi murid di luar bandar.

“Saya berharap dana yang diperuntukkan misalnya untuk membaiki sekolah daif dapat disalurkan ke sekolah yang benar-benar memerlukan, yang belum pernah mendapat bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau turut menggesa semua rakyat Malaysia dapat bersatu padu dalam memastikan usaha pemulihan negara dapat berjalan dengan lancar dan kita semua dapat kembali merancakkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat demi mencapai aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.