nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS sambut baik kenyataan PM elak bertembung 3 penjuru

31 OKT: PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berusaha mengelakkan pertembungan parti Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai amat positif, sekali gus memudahkan perbincangan lanjut.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, berkata kenyataan Ismail Sabri yang mewakili suara UMNO itu membuka dimensi baharu berbanding pendirian ‘ketat’ pemimpin lain sebelum ini.

Katanya, beliau optimis selagi PRN Melaka belum berlangsung, isu kerjasama dengan mana-mana parti masih boleh dibincangkan.

“Keputusan Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adalah positif, masih membuka ruang untuk perbincangan, malah Perdana Menteri menyatakan beliau berusaha supaya parti kerajaan tak bertembung (di Melaka).

“Bagi saya, suara Perdana Menteri itu mewakili suara UMNO, (berbanding) yang sebelum ini mungkin agak ketat keputusan daripada UMNO.

“Apabila Perdana Menteri menyebut begitu, insya-Allah ia membawa nada yang sangat positif daripada sudut perbincangan di peringkat parti-parti kerajaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman, berkata pihaknya optimis tempoh perbincangan yang semakin singkat berikutan penamaan calon PRN Melaka akan berlangsung 8 November ini, bukanlah penghalang kejayaan rundingan berkenaan.

“Masih sempat, dalam politik sesaat pun pun kita boleh buat keputusan. Apa yang penting ialah dasarnya positif dan dari segi pelaksanaannya insya-Allah kita boleh bincang, ia jadi lebih mudah,” katanya.

Mesyuarat Khas MKT UMNO pada Khamis lalu membuat ketetapan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS di Melaka selari dengan keputusan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, kerjasama itu hanya boleh berlaku sekiranya PAS bertanding menggunakan lambangnya sendiri.

Semalam, Ismail Sabri merangkap Naib Presiden UMNO, berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti dalam kerajaan, termasuk dengan BERSATU pada PRN Melaka bulan depan.

Perdana Menteri turut memaklumkan beliau diberi mandat oleh UMNO untuk berunding dengan PAS dan BERSATU bagi memastikan pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya dapat dielakkan serta bagi menentukan bentuk kerjasama pada PRN Melaka selaras mandat diberi MKT.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.