nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan bentang pindaan Perlembagaan Persekutuan

3 NOV: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini, membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021.

Pembentangan RUU berkenaan bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat itu antara lain untuk memasukkan negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri-negeri Borneo.

Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:

(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan

(b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

wan junaidi
WAN JUNAIDI

Pindaan juga dicadang pada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.

Selain itu, rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perenggan (a) Fasal 6 iaitu “berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam undang-undang Negeri sebagai ras asli bagi Negeri itu” serta memotong Fasal 7.

Wan Junaidi berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada sesi Dewan Rakyat ini.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam satu kenyataan berkata RUU itu menandakan permulaan lembaran baharu dalam sejarah negara dan langkah pertama dalam mengembalikan hak dan prinsip asas yang persekutuan ini diwujudkan.

“Selepas beberapa percubaan dan bertahun-tahun bekerja keras, ini sememangnya detik penting dalam sejarah Persekutuan Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata usaha itu tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan dan restu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wan Junaidi berkata Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan untuk mentakrif semula beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menambah semua persediaan asas yang diperlukan untuk inisiatif itu telah selesai, termasuk penglibatan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Pembentangan rang undang-undang itu sepatutnya dibentangkan pada 26 Okt tetapi dijadualkan semula kerana Kabinet mahu mendengar taklimat Peguam Negara mengenai pindaan itu, katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.