nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GPS sedang muktamadkan senarai calon PRN Sarawak

5 OKT: Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih belum memuktamadkan senarai nama calon yang akan bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata masih terlalu awal untuk membincangkan soal senarai calon kerana DUN Sarawak baru saja terbubar, pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, Abang Johari perbincangan mengenai agihan kerusi antara empat parti komponen yang membentuk GPS sudah diadakan namun masih di peringkat awal.

“Tunggulah dulu, DUN pun baru saja dibubarkan,” katanya pada sidang media khas berhubung pembubaran DUN Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Sarawak, hari ini.

Untuk rekod GPS dianggotai oleh empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pembubaran DUN Sarawak kali ini berlaku dalam situasi yang agak unik kerana ia serentak dengan pengumuman penamatan Proklamasi Darurat Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Rabu lalu.

Katanya, walaupun semua sudah mengetahui DUN Sarawak dibubarkan dua hari lalu, pihaknya akan memaklumkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Speaker DUN (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar) akan membuat pemakluman secara rasmi kerana itu adalah prosedurnya.

“Sekarang, terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh pilihan raya dan kita akan menyerahkan kepada rakyat untuk memberikan mandat baharu bagi mentadbir negeri ini,” katanya.

Sebelum Perintah Darurat seluruh negara ditamatkan pada 11 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak bermula 2 Ogos lalu hingga 2 Februari tahun depan berikutan ancaman kepada kesihatan awam disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Berikutan pengisytiharan ini, PRN-12 yang sepatutnya diadakan selepas tempoh DUN Sarawak tamat pada 7 Jun lalu ditunda ke tarikh lain selepas Proklamasi Darurat itu ditamatkan.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, selepas penamatan Proklamasi Darurat itu, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bagi menjamin hak rakyat Sarawak untuk memilih kerajaan selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.

Katanya, penamatan perintah darurat oleh Yang di-Pertuan Agong itu selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 selepas baginda berunding dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

“Dalam membuat keputusan ini, kami turut menelitinya dengan pihak berkuasa kesihatan dan pihak berkepentingan lain supaya pilihan raya diadakan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kadar vaksinasi COVID-19 juga sudah mencapai tahap yang boleh diterima oleh pihak berkuasa supaya pilihan raya dijalankan dengan selamat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.