nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ivermectin tidak selamat untuk rawat pesakit COVID-19

11 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 selepas kajian mendapati ubat berkenaan tidak selamat digunakan dan demi kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata KKM ketika ini belum mempunyai data lengkap mengenai kesan advers ubat antiparasit yang penggunaannya dikhususkan bagi binatang.

Malah, Dr Noor Azmi berkata hasil kajian Ivermectin (I-TECH) mendapati ubat berkenaan boleh memberikan kesan berganda berkaitan dengan cirit-birit.

Beliau memaklumkan, KKM ketika ini belum mengetahui secara jelas mengenai kesan lain susulan pengambilan ubat berkenaan secara ‘off-label’.

“Kita takut dos, penyerapan atau apa-apa berkaitannya (Ivermectin) boleh memberi kesan kepada manusia, sebab itu kajian dilakukan.

NOOR AZMI

“Bukan kerana kerajaan tidak mahu beri (kelulusan penggunaan Ivermectin secara ‘off-label’) tetapi kita memikirkan keselamatan dan kepentingan rakyat,” katanya ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Sungai Buloh, R Sivarasah mengenai keputusan kerajaan menghalang penggunaan Ivermectin secara ‘off label’ pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ivermectin ialah sejenis ubat antiparasit diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis serta helminthiases.

Menjawab soalan asal Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) mengenai perkembangan I-TECH, Dr Noor Azmi berkata, kadar kemerosotan penyakit COVID-19 kepada tahap teruk adalah sama di dalam kumpulan Ivermectin, berbanding kumpulans ‘standard of care’.

Katanya, keputusan I-TECH selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCOR-COVID19 dari Argentina dan TOGETHER dari Brasil yang tidak menyokong penggunaan rutin ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.

Kajian klinikal ‘open-label randomised trial’ itu menilai keberkesanan rawatan lima hari ivermectin (0.4mg/kg/hari) berserta penjagaan standard (kumpulan IVM), berbanding hanya penjagaan standard (kumpulan SOC) berdasarkan garis panduan KKM bagi pesakit COVID-19 di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS 2.0.

Hasilnya, purata tempoh kemerosotan penyakit COVID-19 daripada kategori 2 dan 3 kepada lebih teruk pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan daripada segi statistik berkaitan antara kumpulan IVM dan ‘standard of care’.

Analisis keselamatan melaporkan kesan sampingan adalah tiga kali lebih kerap berlaku dalam kumpulan IVM berbanding SOC, dimana kebanyakannya adalah kes cirit birit.

Kebarangkalian pulih daripada gejala sepenuhnya pada hari kelima penyertaan antara kumpulan IVM dan SOC adalah hampir sama, yang mana tiada perbezaan signifikan dari segi statistik.

“Berdasarkan kajian I-TECH, ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana ia tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk.

“Ia disarankan hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan, selain pasukan kajian I-TECH bercadang menghantar data kajian untuk diterbitkan dalam jurnal peer-reviewed bagi memberi maklumat tambahan kepada kajian ivermectin, termasuk meta-analysis,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.