nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

23 kontak rapat petugas positif COVID-19 dikuarantin

13 NOV: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengenal pasti 23 kontak rapat kepada seorang petugas jentera sebuah parti politik yang didapati positif COVID-19, dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman, berkata individu berasal dari Pahang itu berada di negeri ini sejak 1 November lalu bagi membantu jentera partinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dr Rusdi berkata arahan penutupan bilik gerakan telah dikeluarkan bermula semalam memandangkan terdapat risiko penularan di lokasi itu.

“Beliau telah dikesan positif melalui ujian RTK-Ag di sebuah klinik swasta pada 9 November selepas mengalami gejala dan sedang menunggu keputusan RT-PCR.

“Semua kontak rapat dari Pahang yang juga petugas dan rakan serumah, telah diarahkan melakukan ujian sama serta menjalani kuarantin bermula semalam.

“Siasatan juga mendapati selain daripada hanya berada di rumah sewa yang bertindak sebagai ‘Call Centre’, individu positif itu juga ada melawat Bilik Gerakan parti politik berkenaan di Alai,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Rusdi berkata, kompaun RM10,000 turut dikenakan kepada parti politik berkenaan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata tindakan berkenaan diambil berikutan tiada saringan suhu dijalankan, tiada buku rekod kehadiran disediakan dan gagal mengemukakan rekod saringan ujian RTK-Ag kendiri setiap dua hari, yang perlu dijalankan terhadap petugas atau jentera pilihan raya.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengenal pasti kontak-kontak rapat dan kontak sosial yang lain, dan setelah proses disinfeksi selesai dijalankan segala ketidakpatuhan diperbaiki, pihak berkenaan boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk penilaian risiko bagi membuka semula Bilik Gerakan berkenaan.

“Penularan dalam skala lebih besar boleh berlaku sekiranya pesakit positif COVID-19 terdedah dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan kewujudan kluster baharu, justeru jabatan kesihatan memandang serius perkara yang berlaku ini.

“Jentera pilihan raya semua parti politik dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.