nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sinovac, AstraZeneca lulus bersyarat sebagai dos penggalak

17 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang sudah menerima vaksin siri primer daripada jenis sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini memutuskan dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa enam bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin itu manakala bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas tiga hingga enam bulan daripada dos kedua diterima.

“Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NOOR HISHAM

“Sebelum ini PBKD memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi pengilang pertama iaitu AstraZeneca Nijmegen B.V, Netherlands manakala pengilang kedua adalah Siam Bioscience Co Ltd, Thailand.

“KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia sudah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh PBKD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata KKM sedia mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca sebagai suntikan dos penggalak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata perkara itu dibincangkan PBKD dalam mesyuarat yang dipengerusikan Dr Noor Hisham.

“Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah mempertimbangkan Sinovac dan AstraZeneca sebagai dos penggalak. Apabila PBKD membuat keputusan saya akan umumkan dasar kita.

“Bagi mempercepatkan pelaksanaan pemberian suntikan dos penggalak KKM akan membuka semula beberapa pusat pemberian vaksin untuk tujuan itu, selain penggunaan klinik-klinik swasta serta perubatan awam,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Ahli Parlimen PH-Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk membolehkan vaksin Sinovac diberikan sebagai dos penggalak terutama kepada penerima vaksin jenis itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.