nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perintah mahkamah tidak boleh mengubah titah – Peguam Najib

KENYATAAN MEDIA

PEGUAM DATUK SERI NAJIB RAZAK

1. Kami mewakili Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (anak guam kami). Kami merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim atas titah yang dikeluarkan melalui Istana Negara pada pukul 11.45 pagi hari ini (“Titah”).

Seri Paduka Baginda telah bertitah

2. Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 September 2026 (“Perintah Pengampunan”) ialah perintah Seri Paduka Baginda sendiri di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Titah tersebut, Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa:

(a) mesyuarat Lembaga Pengampunan yang mempersembahkan nasihat kepada Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan turut dihadiri oleh Peguam Negara;

(b) Perintah Pengampunan adalah “jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau”;

(c) “tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan”;

(d) semua syarat di dalam Perintah Pengampunan telah dipenuhi; dan

(e) “sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong”.

3. Titah tersebut menjawab setiap persoalan yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Peguam Negara (“AGC”).

Perintah mahkamah tidak boleh mengubah titah

4. AGC kini bersandar kepada “Order of Discharge on Payment of Fine” (Perintah Pelepasan atas Pembayaran Denda) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 November 2026. Perintah itu mesti dibaca secara keseluruhannya, bermula dengan tajuknya. Ia merupakan perintah yang dibuat berikutan pembayaran denda, dan pelepasan yang dibenarkannya terbit daripada pembayaran itu, sebagaimana yang tercatat dalam resital perintah itu sendiri: “And whereas the said fine … has now been paid” (dan bahawasanya denda tersebut … kini telah pun dibayar). Di sisi undang-undang, pembayaran denda melepaskan liabiliti untuk membayar denda itu. Pembayaran itu, dengan sendirinya, tidak boleh menamatkan hukuman pemenjaraan. Perintah yang sama turut merekodkan bahawa anak guam kami hendaklah menjalani hukuman secara tahanan di rumah selaras dengan Perintah Pengampunan, sebagaimana yang diakui sendiri oleh AGC pada 6 November 2026.

5. Walau apa pun, Perintah Pengampunan merupakan pelaksanaan kuasa prerogatif pengampunan Seri Paduka Baginda di bawah Perkara 42. Kuasa itu milik Seri Paduka Baginda semata-mata. Tiada mana-mana mahkamah, apatah lagi Peguam Negara, yang berhak membuka semula cara Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasa itu setelah Baginda menerima nasihat Lembaga Pengampunan, yang turut disertai secara aktif oleh Peguam Negara sendiri. Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa Perintah Pengampunan adalah jelas. Perintah mahkamah yang dikeluarkan bagi melaksanakan Perintah Pengampunan, setelah pembayaran denda RM50,000,000 direkodkan, tidak boleh menukar Titah yang jelas itu menjadi sesuatu yang lain, dan tiada apa-apa tafsiran terhadap perintah mahkamah itu yang boleh mengatasi apa yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda dengan sejelas-jelasnya.

Maklum balas AGC

6. AGC telah mengeluarkan satu lagi kenyataan media pada pukul 12.42 tengah hari ini, 57 minit selepas Titah dikeluarkan. Kenyataan itu langsung tidak menyebut Titah tersebut. Sejak Titah dikeluarkan, AGC masih belum menarik balik kenyataannya bertarikh 6 November 2026, dan belum juga mengumumkan bahawa “penangguhan sementara” itu telah ditarik balik. Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, anak guam kami, Dato’ Sri Najib, masih berada di Penjara Kajang dan Titah Seri Paduka Baginda nampaknya masih belum dilaksanakan.

7. Dalam pada itu, AGC menyatakan bahawa pihaknya “kekal komited untuk menjunjung dan melaksanakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong”. Seri Paduka Baginda kini telah bertitah. Hanya ada satu cara untuk AGC menunaikan komitmen itu, iaitu dengan membenarkan Titah dilaksanakan hari ini. Apa jua yang mungkin dipilih oleh AGC untuk dibawa ke mahkamah, AGC tidak boleh terus menahan anak guam kami di Penjara Kajang sementara itu.

8. Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan Perintah Pengampunan adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Baginda. Kenyataan AGC pada pukul 12.42 tengah hari itu hendaklah dibaca sebagai keingkaran yang nyata terhadap Titah Seri Paduka Baginda.

Tuntutan kami

9. Kami menggesa Komisioner Jeneral Penjara supaya memindahkan anak guam kami dengan segera ke kediaman beliau di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda. Kami juga menggesa AGC supaya menarik balik “penangguhan sementara” itu dengan serta-merta. Perintah Seri Paduka Baginda mesti dilaksanakan hari ini. Pendirian anak guam kami berhubung kesan undang-undang Perintah Pengampunan secara keseluruhannya dan berhubung hukuman beliau kekal terpelihara, begitu juga segala hak beliau.

Tetuan Shafee & Co.
Peguam bagi pihak Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak

Get real time updates directly on you device, subscribe now.