nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM120,000 nilai kompaun PRN Melaka

22 NOV: Polis Melaka mengeluarkan sembilan kompaun bernilai RM120,000 kepada pelbagai parti politik sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 8 hingga 19 November lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tempoh berkenaan kerana melakukan pelbagai kesalahan melibatkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 19 kertas siasatan dibuka di bawah Akta 342 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 seperti berhimpun dan sebagainya manakala 18 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Secara keseluruhan, sepanjang tempoh kempen, hari mengundi dan pengumuman kemenangan parti politik, tiada sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam berlaku,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Melaka hari ini.

Beliau berkata, PRN Melaka dilihat mencapai matlamat ditetapkan kerajaan iaitu mengawal kesihatan awam menerusi SOP ketat dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan penguat kuasa terlibat.

Abdul Majid menambah, Polis Melaka juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka yang turut memberi kerjasama dengan mematuhi SOP PRN ditetapkan.

“Rakyat Melaka hebat kerana tidak terbawa-bawa sentimen politik sebaliknya mereka lebih mementingkan kesihatan awam dan keselamatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.