nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azeez cadang peruntukan Mitra ditambah

23 NOV: Kerajaan Persekutuan perlu menambah peruntukan untuk program di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Kementerian Perpaduan Nasional (KPN) kerana dana RM105 juta diperuntukkan menerusi Bajet 2022 adalah tidak mencukupi.

Ahli Parlimen BN-Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pendekatan KPN melaksanakan program MITRA adalah amat baik bagi membasmi isu kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat khususnya masyarakat India di negara ini.

Malah, Abdul Azeez berkata beliau amat menyanjung tinggi usaha membasmi kemiskinan tanpa sempadan agama, bangsa dan latar belakang politik.

ABDUL AZEEZ

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya Menteri turut melibatkan Ahli Parlimen dan ADUN bagi mengenal pasti golongan miskin tegar di kawasan masing-masing.

“Saya juga ingin bertanyakan sama ada kementerian mempunyai pemikiran di luar kotak ingin membantu golongan miskin dengan memberikan mata kail kepada mereka dan bukan hanya kotak makanan.

“Ini perlu kerana seperti kita tahu masyarakat India sangat rajin… kita boleh bagi mesin tebang pokok atau mesin pemotong rumput kepada golongan lelaki India. Manakala wanita India kita kena bagi mesin jahit atau membantu membuka gerai tosai dan sebagainya untuk membolehkan mereka mendapat pendapatan sampingan khususnya di luar bandar.

“Tindakan itu perlu kerana ramai masyarakat India di luar bandar tidak boleh menoreh getah ketika ini berikutan musim tengkujuh melanda kawasan kediaman masing-masing,” katanya ketika menggulung perbahasa Bajet 2022 peringkat KPN di Parlimen sebentar tadi.

Dalam pada itu, Abdul Azeez juga bertanyakan sama ada KPN mempunyai peruntukan mencukupi atau tidak untuk melaksanakan program pengagihan bakul makanan kepada mereka terjejas akibat COVID-19 di seluruh negara.

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya KPN memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi membolehkan lebih banyak kotak makanan dapat diagihkan di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara, pada masa depan.

Pada masa sama, beliau juga meminta semua Ahli Parlimen perlu memberikan kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan tugas mereka untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak terbabit dengan kes penyelewengan dana MITRA berjumlah RM100 juta.

Malah, Abdul Azeez berkata siasatan SPRM terhadap 10 syarikat menerima geran peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini hampir selesai.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sendiri mengesahkan kertas siasatan kes itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi dicadangkan pertuduhan terhadap syarikat berkenaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.