nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM belum panggil Halimah kes dana MITRA

23 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memanggil Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah kementeriannya.

Halimah yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi itu menegaskan beliau difahamkan siasatan SPRM ketika ini menjurus kepada dua bahagian iaitu membabitkan unsur jenayah dan cadangan kepada penambahbaikan prosedur serta sistem pemberian geran MITRA.

“Setakat ini belum dipanggil oleh SPRM dan untuk makluman, kefahaman saya dan pihak kementerian adalah untuk kami terus memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan.

Kementerian Perpaduan Negara akan memberikan kerjasama sepenuhnya agar SPRM dapat menjalankan siasatan secara telus dan terbuka membabitkan kes dana MITRA.

“Sebab itu saya jemput SPRM masuk menjalankan siasatan bukan disebabkan perkara ini dibangkitkan Yang Berhormat semua. Kita minta SPRM masuk buat siasatan sebab kita telus dan terbuka,” katanya ketika berucap di sesi penggulungan Bajet 2022 bagi peringkat Jawatankuasa di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Halimah berkata kementeriannya juga akan menjalankan siasatan dalam berhubung kes penyelewengan dana MITRA selepas SPRM selesai berbuat demikian.

“Apabila saya dilantik menerajui Kementerian Perpaduan Negara, saya mendapati perlunya kepada siasatan kerana kita mahu melihat sama ada dana itu dibelanjakan dengan baik atau sebaliknya.

“Ini termasuk bukan sahaja sewaktu MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara malah ketika di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika menjawab celahan Ahli Parlimen PH-Ipoh Barat, M Kulasegaran mengenai kenapa kementerian belum melakukan siasatan dalam mengenai kes terbabit.

Halimah juga menafikan dakwaan kononnya kementeriannya berselindung di sebalik SPRM dan cuba menutup maklumat kepada umum.

“Saya bukan berselindung di sebalik SPRM…kita terbuka malah menjemput SPRM masuk untuk siasat. Jadi, berilah ruang kepada SPRM menjalankan siasatan mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.