nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Sarawak: PH guna logo parti masing-masing

25 NOV: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengumumkan parti komponen gabungan itu tidak akan menggunakan logo yang sama pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak nanti.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata semua parti akan bertanding menggunakan logo masing-masing dan keputusan itu telah dibuat pada mesyuarat khas pimpinan parti itu.

“DAP akan menggunakan logo roket manakala PKR dan Amanah akan menggunakan logo parti mereka,” katanya yang juga Pengerusi DAP Sarawak itu pada sidang media di Kuching hari ini.

Ketika ditanya mengenai peruntukan kerusi untuk PKR, beliau berkata PH sudah memuktamadkan pembahagian kerusi.

“Ia sudah lama dibahagikan. Yang telah dipersetujui adalah 47 kerusi.”

Chieng Jen berkata PH akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan PKR Sarawak akan bertanding di 47 kerusi, DAP 26 dan Amanah sembilan.

47 kerusi yang akan ditandingi PKR ialah: Opar, Tanjung Dato, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili , Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi , Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba Kelalan dan Bukit Sari.

Sementara itu, DAP akan bertanding di 26 kerusi iaitu Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut dan Senadin.

Sembilan kerusi lagi akan ditandingi Amanah iaitu Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop dan Jemoreng.

Chieng Jen berkata, pemilihan calon ditentukan oleh parti komponen dan akan diumumkan kemudian.

“Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN,” katanya.

Pada Rabu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.

SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.