nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

15,000 peniaga dijangka sertai Inisiatif ReDI

29 NOV: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan lebih 15,000 peniaga akan menyertai Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) pada tahun ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata sasaran berkenaan hanya mampu dicapai sekiranya KPDNHEP mendapat kerjasama baik daripada penyedia aplikasi e-wallet dan peniaga berkenaan.

Beliau berkata KPDNHEP mengambil langkah proaktif melalui pelaksanaan inisiatif ReDI bertujuan untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga berhubung keperluan pengoperasian perniagaan yang berkonsepkan digital terutamanya melalui penggunaan kemudahan e-wallet dalam pelbagai transaksi.

ROSOL

“Inisiatif ini juga adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan digitalisasi menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 iaitu untuk mempromosikan program onboarding pembayaran elektronik bagi peniaga dan pengguna untuk menjadi masyarakat tanpa tunai dan selaras dengan Pemacu Perubahan Ketiga (Pendigitalan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12).

“Bagi memastikan pelaksanaan ReDI ini tercapai, kementerian telah menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah penyedia e-wallet utama menerusi program advokasi dan onboarding pendaftaran e-wallet di seluruh negara,” katanya dalam sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BN-Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah meminta menteri berkenaan menyatakan prospek pelaksanaan inisiatif pendigitalan sektor peruncitan yang memfokuskan kawasan luar bandar bagi meningkatkan pendedahan kepada peniaga berhubung keperluan perniagaan berkonsepkan digital pada masa kini.

Mengulas lanjut, Rosol berkata kesemua pihak berganding bahu dengan matlamat yang sama iaitu untuk berkongsi sebanyak yang mungkin input berkaitan kemudahan e-wallet kepada peniaga-peniaga di luar bandar dan seterusnya membuat pendaftaran.

Beliau berkata sebagai langkah menggalakkan penggunaan e-wallet dalam komuniti, Kementerian dengan kerjasama rakan strategik sentiasa merangka kaedah yang sesuai untuk menarik lebih ramai pengguna dan peniaga berdaftar e-wallet.

“Ini termasuklah melalui tawaran insentif dan promosi kepada peniaga dan pengguna dalam program-program yang dijalankan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

“Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini turut bergantung kepada status kemudahan internet dan infrastruktur yang lengkap terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

Justeru, beliau berkata kementerian sentiasa akan memberi kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkaitan termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mencari penyelesaian supaya agenda pendigitalan ini berjalan lancar.

“Langkah ini adalah penting supaya peralihan perniagaan secara digital ini dapat dilaksanakan tanpa batasan dan objektif mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai akan tercapai,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.