nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

9,300 pegawai, anggota polis pantau PRN Sarawak

29 NOV: Seramai 9,356 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia akan dikerah untuk mengawal keselamatan dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak bermula 6 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata semua anggota dan pegawai berkenaan membabitkan kontinjen Sarawak.

Beliau berkata, keanggotaan dari negeri berkenaan dilihat mencukupi, namun Bukit Aman bersedia menambah petugas jika diperlukan.

MAZLAN

“Polis sudah bersiap sedia dan kami tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi penugasan PRN Sarawak tidak lama lagi.

“Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai tidak cuba mencetuskan kekecohan dan mematuhi SOP untuk memastikan PRN ini berjalan lancar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak baharu, hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember dengan tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, sebanyak 2,596 Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan digerakkan di seluruh negara bagi memantau SOP PPN.

Katanya, polis akan memberi penekanan terhadap pematuhan SOP PPN susulan kelonggaran beberapa sektor dan pergerakan orang ramai.

“Orang ramai mula keluar rumah ketika fasa PPN. Bila sudah keluar sudah tentu mereka kadangkala langgar SOP. Dalam hal ini, kita sediakan 2,956 pasukan untuk pemantauan pematuhan di seluruh negara.

“Untuk Selangor sahaja, kita tubuhkan 339 pasukan, manakala kalau di Gombak kita ada 14 pasukan untuk laksanakan tanggungjawab mereka.

“Kita fokus kepada yang mereka melanggar SOP. Jika mereka degil, kita akan ambil tindakan kompaun mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.