nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menara 118 kedua tertinggi di dunia

30 NOV: Merdeka 118 dengan ketinggian 678.9 meter menjadi menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dan tertinggi di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang moden dan maju.

“Saya juga difahamkan, Merdeka 118 akan menjadi menara pertama di Malaysia mencapai tiga penarafan platinum hijau dalam persijilan kelestarian antarabangsa serta persijilan WELL yang berprestij.

“Ini menjadikan Merdeka 118 menjadi penanda aras industri di Malaysia sebagai menara ikonik untuk masa depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan menara Merdeka 118 di ibu negara hari ini.

Pada majlis itu, turut diumumkan ketinggian rasmi menara Merdeka 118 yang milik anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB) iaitu 678.9 meter.

Menara 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia dan pemangkin ekonomi baharu di Kuala Lumpur.

Ismail Sabri yang berbangga dengan pencapaian itu menambah, pembinaan menara Merdeka 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint itu akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun seperti KLCC dan KL Sentral.

Malah ujar beliau, menara Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan, mereka juga dapat mengadakan program atau aktiviti untuk menambahkan daya tarikan di kawasan sekitar Merdeka 118 menerusi Program Geran Komuniti Merdeka 118.

“Permohonan Geran Merdeka 118 ini telah pun dibuka pada 28 Jun sehingga 20 Ogos 2021 di mana Keluarga Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan tiga jenis geran iaitu Sukan, Seni dan Komuniti Perniagaan.

“Langkah ini secara langsung dapat menggalakkan penglibatan Keluarga Malaysia dalam perkongsian idea untuk mengaktifkan semula komuniti, membina lebih banyak peluang untuk pertumbuhan sosioekonomi.

“Pembinaan Merdeka 118 juga merupakan cerminan penyatuan warisan dan sejarah Malaysia dengan evolusi masa depan selain mampu menghidupkan kembali kawasan bersejarah di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menambah, inspirasi menamakan bangunan itu sebagai Merdeka 118 kerana ia dibina kawasan bersejarah iaitu antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara manakala 118 pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan iaitu 118 tingkat.

“Reka bentuk menara yang tersergam teguh ini sebenarnya mencerminkan imej Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan ‘merdeka’ pada 64 tahun yang lalu,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.