nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan akan terus perkasakan industri francais mikro

1 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin dengan kebersamaan dan sokongan padu rakyat sebagai sebuah Keluarga Malaysia, industri francais negara mampu untuk pergi lebih jauh dan mengembangkan jenama di persada antarabangsa.

Menurut beliau, industri francais tempatan telah berjaya bertapak di lebih 70 buah negara  di seluruh dunia.

“Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga kerana jenama francais tempatan telah berjaya bertapak di negara-negara antarabangsa. Setakat ini, outlet terbanyak jenama francais Malaysia adalah di Arab Saudi iaitu sebanyak 744 outlet, di Indonesia sebanyak 670 outlet dan di Amerika Syarikat sebanyak 424 outlet.

“Saya yakin, dengan kebersamaan dan sokongan padu Keluarga Malaysia terhadap jenama francais tempatan, kita mampu menerokai dan mengembangkan lagi jenama francais Malaysia di persada antarabangsa,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Francais Malaysia 2021 yang diadakan di Hotel Marriot, IOI Resort Putrajaya malam tadi.

Kata Ismail lagi, industri francais Malaysia setakat ini telah menyediakan lebih 80,000 pekerjaan dan telah menyumbang lebih RM1.4 bilion dalam kitaran ekonomi melalui pembayaran gaji kepada pekerja di syarikat-syarikat Francais.

Beliau turut memaklumkan bahawa nilai jualan industri Francais mencecah lebih RM14.6 bilion, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM13 bilion, di mana peningkatannya hampir lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah, program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik yang dilancar tahun ini untuk membantu golongan B40 dan M40 untuk menceburkan diri dalam industri francasi mendapat sambutan.

“Sehingga kini, sebanyak 144 permohonan daripada francaisor dan potensi francaisor bernilai lebih RM22 juta telah diterima untuk diproses. Daripada jumlah itu, sebanyak 8 francaisor dan 29 francaisi telah mendapat bantuan kerajaan dengan peruntukan berjumlah RM4.5 juta,” ujarnya.

Ismail berkata, industri francais kini terus menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara mulai tahun ini hasil daripada pelbagai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan kerajaan.

Tambahnya, di bawah bajet 2022, pelbagai inisiatif turut dirangka untuk membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) menerusi pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat.

“Kerajaan akan terus menyokong pembangunan dan pertumbuhan industri francasi demi memastikan lebih ramai pemain industri dapat dilahirkan serta lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.