nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mesyuarat MTN setuju 4 isu penting perhutanan, perlombongan

3 DIS: Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-79 telah membuat empat keputusan penting berkaitan perhutanan dan perlombongan di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MTN telah bersetuju dengan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 yang diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 Disember 2020 dan Jemaah Menteri pada 6 Januari 2021 dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama pada tahun 2022.

“Dalam konteks ini pemakaian RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 hanya akan terpakai di negeri-negeri setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Enakmen Perhutanan (Pemakaian) masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MTN yang dianggotai oleh 10 wakil Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada Menteri-Menteri Kanan dan Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri atau wakil itu dipengerusikan oleh Ismail Sabri dan diadakan secara persidangan video semalam.

Beliau berkata, MTN juga bersetuju dengan Tindakan Penguatkuasaan dan Penyelesaian Terhadap Penerokaan Haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia dan supaya semua kerajaan negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram di setiap negeri selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.

Tambahnya, MTN turut bersetuju secara prinsip dengan pelaksanaan Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun.

“Dalam hal ini, MTN Ke-79 juga mengambil perhatian bahawa terdapat 127,050.25 hektar Zon Pembangunan Ladang Hutan dalam HSK yang belum diluluskan kepada mana-mana syarikat.

“Oleh yang demikian, sebelum moratorium dikenakan ke atas kawasan tersebut, Kerajaan Negeri yang ingin meneruskan pembangunan ladang hutan perlu melaksanakan perundingan secara terperinci dengan KeTSA (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) bagi memastikan syarikat-syarikat yang akan dilantik mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi serta lain-lain perundangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, MTN Ke-79 juga telah mengesahkan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Pertama yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri pada 16 Februari 2021.

Keputusan-keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mineral itu, jelasnya perlu dibawa untuk persetujuan dan pengesahan MTN bagi membolehkan keputusan-keputusan tersebut dipersetujui dan disahkan khususnya yang melibatkan aspek perundangan seperti Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara serta enakmen berkaitan di peringkat negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.