nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lapangan terbang baharu Mukah beri impak ekonomi berganda

4 DIS : Pembinaan Lapangan Terbang baharu Mukah dijangka bakal merancakkan lagi peluang ekonomi yang dapat memberi impak berganda dan berangkai kepada penduduk di Mukah serta keluarga Malaysia amnya, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kata beliau, ia merupakan satu pencapaian yang signifikan bagi Malaysia dan mencerminkan kejayaan serta kemajuan yang bakal dicapai sebagai sebuah negara sebagai simbol rakyat Malaysia yang bersatu-padu.

Jelasnya, pembinaan lapangan terbang baharu ini juga merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi memastikan kemudahan ini dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan luar bandar pada tahap yang terbaik.

“Saya berbangga projek lapangan terbang ini dapat disiapkan walaupun ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. Ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi pencapaian Malaysia dalam sektor pengangkutan.

“Dengan status yang telah ditambah baik, Lapangan Terbang Baharu Mukah kini boleh mengendalikan lebih banyak penumpang yang akan mengukuhkan kedudukan Mukah sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

 “Tambahan pula lapangan terbang ini bakal menyediakan sokongan bagi aktiviti-aktiviti di koridor SCORE yang bakal mewujudkan jaringan ekonomi yang lebih efektif dan efisyen kelak.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak dan semua agensi yang terlibat atas kejayaan membina satu mercu tanda ikonik di Mukah, Sarawak,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong ketika majlis perasmian lapangan terbang baharu Mukah hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah di Sarawak hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

Jelas Ismail Sabri, di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12, Kerajaan telah meluluskan projek menaik taraf Sistem Pengurusan Trafik Udara dengan nilai keseluruhan projek sebanyak 19.4 juta ringgit.

Selain menyediakan kemudahan lapangan terbang yang selesa dan moden, kata Ismail Sabri lagi, Kerajaan juga perlu memastikan kesiagaan dan kemampuan Sistem Pengurusan Trafik Udara sentiasa dinaiktaraf dan mampu menampung keperluan peningkatan pergerakan pesawat di ruang udara.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) di bawah Kementerian Pengangkutan telah dipertanggungjawab dalam memastikan kemampuan Sistem Pengurusan Trafik Udara bergerak seiring dengan permodenan dan peningkatan aliran trafik pesawat udara.

“Bermula tahun 2019, satu perjanjian baharu iaitu Public Service Obligation for Rural Air Services Agreement (PSO for RAS) telah ditandatangani pada 4 Januari 2019 di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat penerbangan MASwings bagi meneruskan penyediaan perkhidmatan RAS ini sehingga tahun 2024.

“Berdasarkan Perjanjian PSO for RAS ini, MASwings menyediakan perkhidmatan bagi 40 laluan mulai di Sarawak dan Sabah dengan menggunakan pesawat ATR72 dan Twin Otter Viking,” katanya.

Bagi laluan Mukah sendiri, MASwings menyediakan empat perkhidmatan penerbangan menggunakan pesawat twin otter iaitu laluan Kuching–Mukah dengan kekerapan 28 penerbangan seminggu, Miri–Mukah dengan kekerapan 7 tujuh penerbangan seminggu, Sibu–Mukah dengan kekerapan tiga penerbangan seminggu dan Bintulu–Mukah dengan kekerapan dua penerbangan seminggu.

Bagi menambah baik perkhidmatan RAS oleh MASwings ini, Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan rasionalisasi RAS dengan mengkaji semula objektif RAS, implikasi kewangan yang terlibat, laluan dan kekerapan penerbangan RAS, kadar tambang yang dikenakan, pesawat yang diguna pakai dan mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna perkhidmatan ini dari semasa ke semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.